Friday, August 13, 2010

RM2.00 PERCAYA ATAU TIDAK ?

بسم الله الرحمن الرحيم

RM2.00, murah & sangat berbaloi...



Percaya atau tidak, anda boleh menikmati nasi putih bersama tiga atau empat jenis lauk, segelas air panas atau minuman sejuk dengan sepuasnya dengan hanya membayar RM2. Ini bukan cerita rekaan, tetapi dengan nilai RM2 itu, Restoran Malaysia Negara Ku yang terletak bersebelahan Balai Polis, Seksyen 7, menjadikannya realiti. Walaupun harga makanan yang ditawarkan murah, namun kualiti penyediaan makanannya tidak diabaikan malah menggunakan bahan masakan berkualiti dan memberi kepuasan kepada orang ramai yang singgah ke kedai berkenaan itu.
Pemiliknya, Datuk Zainal Abidin Awang Kechik berkata, tujuan utamanya membuka Malaysia Negara Ku sebagai memberi pilihan kepada orang ramai yang kurang berkemampuan menikmati hidangan makanan yang enak tanpa mengeluarkan bajet yang besar. Beliau yang mempunyai pengalaman selama 20 tahun dalam industri makanan dan mempunyai lima restoran bertaraf tujuh bintang di luar negara juga mahu membuktikan perniagaan yang tidak berlandaskan keuntungan tidak semestinya membawa kerugian besar.

Apa yang penting kemakmuran yang dicapai negara ini perlu dikongsi dan dinikmati bersama rakyatnya. “Saya membuka Malaysia Negara Ku bukan mahu mengaut keuntungan, tetapi lebih kepada memberi khidmat komuniti kepada rakyat, terutamanya mereka yang kurang berkemampuan seperti pelajar universiti, pekerja kilang, orang kebanyakan dan sebagainya. Dengan hanya RM2, orang ramai tanpa mengira latar belakang dan fahaman politik boleh menikmati hidangan makanan sama seperti di restoran lain malah mereka boleh menambah makanan dan makan sehingga puas".

Namun begitu, orang ramai yang berhasrat makan di Malaysia Negara Ku perlu membawa bersama Mykad dan perlu ditunjukkan kepada petugas kaunter. Bagi mereka yang bukan warganegara akan dikenakan bayaran RM6 setiap seorang. “Di sini saya juga mahu tekankan betapa pentingnya kita sebagai rakyat Malaysia membawa bersama Mykad setiap kali keluar dari rumah. Itulah sebabnya, setiap kali makan di sini orang ramai perlu tunjukkan Mykad masing-masing".

Zainal Abidin memberitahu, restoran Malaysia Negara Ku boleh menampung 150 orang pada satu-satu masa. Setiap pelanggan perlu mengambil sendiri makanan yang dihidangkan dan selepas itu perlu membasuh sendiri pinggan masing-masing selepas makan. Cara itu secara tidak langsung mampu mendidik masyarakat supaya lebih berdisiplin. “Orang ramai juga boleh bungkus dan bawa pulang makanan yang disediakan. Mereka juga digalakkan membawa bekas makanan dan minuman sendiri bagi keselesaan dan kemudahan masing-masing".

“Selepas ini saya merancang untuk membuka 220 cawangan Malaysia Negara Ku. Hasrat saya ialah satu kawasan Parlimen perlu mempunyai satu cawangan Malaysia Negara Ku. Saya buka restoran ini untuk memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan makan makanan yang sama seperti di restoran yang harganya mahal. Kos penyelenggaraan restoran itu menelan belanja RM30,000 sebulan".


***didoakan semoga rezeki Tuan semakin berkat. ganjaran memberi makan kepada orang yang berbuka puasa sangat besar di sisi Allah swt. dan tidak akan berkurangan harta orang yang bersedekah. terharu, masih ada insan mulia seperti ini. semoga akan ada lagi insan lain yang akan meniru langkah mulia ini*** - sgkasai


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

  1. Bestnya..bila bujang nak buka restoran kat Melaka?Atau sudah x sudi jd warga semenanjung.he he

    ReplyDelete
  2. wahhh. bagus nye. tp mesti ramai owg kn. mudah mudahan die lebih murah rezeki~

    ReplyDelete
  3. Mudah-mudahan Datuk Zainal berjaya dalam melaksanakan impiannya itu.. Baru tau yang kedai lain berlipat ganda keuntungannya..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.