
Seorang wanita berusia 26 tahun dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar selepas menelan pil penenang dalam cubaan membunuh diri bersama tiga orang anaknya di Taman Indah Baru, Tampin, semalam.
TAMPIN 1 Julai - Hanya berpunca daripada perbalahan dengan suami, seorang ibu muda berusia 26 tahun bertindak nekad menelan beberapa biji pil penenang milik ibunya sebagai jalan penyelesaian untuk membunuh diri.
Tidak cukup dengan itu, wanita terbabit turut memaksa tiga orang anaknya menelan pil yang sama, menyebabkan kesemua mereka terpaksa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di Seremban, hari ini.
Wanita itu, kini dilaporkan stabil bersama anak-anaknya yang berusia sembilan bulan, 5 tahun dan 6 tahun.
Suami wanita itu yang berusia 32 tahun ketika ditemui di HTJ berkata, dia ada bertengkar dengan
isterinya malam tadi kerana masalah keluarga.
"Saya meninggalkan rumah di Taman Indah Baru dan bermalam di rumah ibu di kawasan perumahan yang sama. Tidak pernah langsung terlintas dalam diri saya isteri saya akan melakukan perkara ini," katanya.
Menurut lelaki itu, isterinya sebelum ini pernah cuba membunuh diri beberapa tahun lalu juga berkaitan masalah keluarga.
Dalam pada itu, dia berkata, kejadian itu disedari ibu mertuanya yang ternampak salah seorang cucunya tidak sedarkan diri dalam keadaan mulut berbuih kira-kira pukul 8.30 pagi ini.
Ketika itu, dia sedang berjalan ke dalam bilik cucunya selepas gagal menemui pil penenang bagi rawatan psikiatrik yang perlu dimakannya setiap hari.
"Dia kemudian masuk ke bilik isteri saya dan mendapati mulut anaknya berbuih. Apabila dia gagal mengejutkan isteri saya, dia terus meminta bantuan jiran untuk menghubungi saya," kata suami wanita itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Supritendan Zull Aznam Haron mengesahkan kejadian itu dan polis akan merekodkan kenyataan daripada suami dan ibu kepada wanita terbabit.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.