Thursday, July 2, 2009

Bahaya Mat Rempit Dan Pondan

KUALA LUMPUR: Mereka berpakaian dan berperwatakan lembut persis wanita tulen. Namun, tiga pondan memeranjatkan seorang kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) apabila meragut serta merompaknya.

Dalam kejadian itu, mangsa tidak menyangka mengalami detik cemas hampir lima minit apabila dirompak ‘wanita’ ketika berjalan bersendirian berhampiran Jalan Datuk Onn di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang, wanita yang bertugas di Pusat Khidmat AADK Wilayah Persekutuan mendakwa sempat melihat tiga pondan berpeleseran berhampiran Bank Negara.

Sumber polis berkata, mangsa yang melintasi ketiga-tiga pondan itu bagaimanapun terkejut apabila beg tangan dipegang tiba-tiba disentap seorang daripada pondan terbabit.

“Mangsa yang terkejut dengan kejadian itu cuba melawan dan mempertahankan beg tangannya itu dengan memegang erat talinya

“Bagaimanapun, kejadian tarik menarik menyebabkan tali beg itu putus dan dirampas seorang daripada pondan terbabit,” katanya.

Menurutnya, mangsa yang cuba mendapatkan beg tangannya itu bagaimanapun ditendang dan ditolak rakan pondan terbabit hingga terjatuh.

“Mangsa yang kesakitan hanya


mampu melihat tiga pondan terbabit melarikan diri bersama beg tangan miliknya yang berisi telefon bimbit, wang tunai RM90 dan pelbagai dokumen penting.

“Mangsa membuat laporan polis berhubung kejadian samun itu,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan, seorang pelajar disamun empat lelaki ketika berjalan berhampiran bangunan Sime Darby Jalan Raja Laut di sini.

Dalam kejadian jam 2.15 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun mendakwa dihampiri empat lelaki menaiki dua motosikal Yamaha 125Z dan RXZ.

Dua daripada penjenayah tiba-tiba turun dari motosikal sebelum merampas dompet mangsa menyebabkan berlaku pergelutan.

“Dalam pergelutan itu, suspek sempat merentap dua rantai emas dipakai mangsa sebelum melarikan diri.

“Mangsa berasal dari Kepong yang kerugian kira-kira RM2,300 kemudian membuat laporan polis,” katanya
--

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.