| May 31, 09 6:07pm |
| KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi. Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000. Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu. Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0). BS: Alhamdulillah .. bersyukur kita kepada Allah.. tahniah buat PKR khasnya dan PR amnya.. UBN pula kalah teruk... walau setelah berhempas pulas SPR mengadjustnya.. hehehhe.. Kak Min pula lepas ni apa nak buat? Nak masuk umno pun bukan org umno suka pun. klau kak min menang confirm kak min masuk umno kan.. ni kalah.. tersisih dari masyarakat la nampaknya kak min ni.. ada kawan pun semua habis dah kena tikam.. rasanya ada lagi x org2 PKR yg nak datang rumah kak min klau kak min ajak dtg rumah? hehehe... Aku harap lepas ni YB mansor othman dapat la kiranya hadiahkan 2 - 3 biji tape recorder pada kak min. mana la tau kan.. dia dah la xder kawan.. dgn sape lagi dia nak ajak berbual.. bual la dgn tape recorder lagi baik.. kan kakmin kan.. boleh test suara nyanyi ronggeng asyik.... hehehehe... |
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.