Kalau anda selalu download ebook dari Internet, dah tentu anda biasa dengan fail PDF. Format fail dari Adobe ni sangat meluas digunakan kerana saiznya yang kecil. Namun, adakah anda masih menggunakan Adobe Reader untuk membaca fail PDF?
Saya tidak. Ini adalah kerana saiz Adobe Reader yang sangat besar. Untuk download sahaja, failnya dah mencecah 22.2 MB. Adobe Reader bukan sahaja besar, malah lembab dalam membuka fail PDF. Ini kerana ia dipenuhi dengan pelbagai fungsi yang kebanyakannya tidak diperlukan oleh anda.
Bertukarlah kepada Foxit Reader. Saiz Foxit Reader kecil sahaja, iaitu kira-kira 3 MB. Foxit Reader akan membuka fail PDF anda dengan pantas sekali. Anda juga boleh membawa program tersebut di dalam USB Drive, tak perlu install untuk buka Foxit Reader di komputer lain.
Versi terbaru Foxit Reader menawarkan pelbagai fungsi-fungsi yang berguna. Antaranya ialah:
- Multi-tab Browsing. Sama seperti tabbed browsing dalam Firefox dan Opera, Foxit Reader boleh membuka banyak fail PDF dalam window yang sama. Ini boleh menjimatkan ruang pada taskbar anda.
- Tambah Bookmark Anda Sendiri. Foxit Reader membenarkan anda memasukkan Bookmark ke mana-mana bahagian dalam fail PDF. Amat berguna sekiranya anda nak tanda bahagian yang penting, ataupun tanda bahagian yang anda dah habis baca.

Jadi adakah anda masih menggunakan Adobe Reader? Masa untuk berubah ^^
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.