Negara 'One Malaysia' yang diidamkan Najib menjadi negara 'One Penjara' apabila semakin ramai rakyat ditangkap hari ini. Bermula dengan tangkapan Jurucakap Bersih, Wong Chin Huat diikuti dengan Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu malam ini kira-kira 14 orang lagi rakyat yang tidak berdosa ditangkap.Maka layaklah negara 'One Malaysia' dipanggil 'One Penjara' kerana negara kita sudah tidak bebas lagi. Sikit-sikit tangkap, tidak ikut selera BN tangkap, lawan BN tangkap. Tangkap,tangkap, tangkap ...............apa lagi yang mereka pandai selain tangkap. Kerajaan nampaknya bermusuh dengan rakyat.
Mereka yang ditangkap malam ini ialah Temme Lee, 23, koordinator SuaramJohn Liu, 26, koordinator SuaramLiau Kok Fah, 47, jawatankuasa hak sivilChan Kim Ming, 34, jawatankuasa hak sivilLaw Teck Hao, 29, editor akhbarLee King Thim, 41Liew Thin Choi, 47 Melissa Wong Yuet Fun, 25.
Semuanya ditangkap kerana berhimpun memberikan sokongan moral kepada Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) yang juga pengerusi Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami), ditangkap malam tadi di rumahnya Taman Sri Sentosa, Kuala Lumpur berhubung siasatan Akta Hasutan.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.