Thursday, May 7, 2009

Altantuya: Datuk Seri buta ke? Pekak ke?


Kawan tak tau apa nak jadi dengan awak ni, Datuk Seri Najib Tun Razak. Nak kawan tuduh awak ni buta dan pekak, tak elok sangat kawan buat gitu. Masuk ni, dah dua hari Raja Petra Kamarudin siarkan artikelnya yang bertajuk "The mystery of the missing confession".

Tapi, kawan nampak awak buat pekak je, buat buta je. Tak eloklah awak buat perangai macam lembu kenyang, Datuk Seri. Setakat suruh anak-anak buah pertikaikan sumber RPK je, orang tak heran. Tak ubah macam lembu kenyang yang dah tak kuasa nak bergerak, setakat kibas-kibaskan ekor menghalau lalat yang menghurung punggung. Apa barang, Datuk Seri!

Kalau betul RPK mengada-adakan cerita, mengemukakan sumber yang tak wujud, mau bikin drama, berbohong hidup-hidup, ambiklah tindakan, Datuk Seri!

Kalau kawan orang tuduh isteri kawan sampai macam tu, kawan tak duduk diam, Datuk Seri! Jam itu jugak kawan bingkas melawan. Miskin-miskin kawan pun, kawan pergi pejabat lawyer, mintak dia ambik tindakan undang-undang. Sanggup kawan gadai tanah yang sekangkang kera untuk ambik peguam bersihkan nama isteri kawan.

Ni awak, kawan tengok buat perangai lembu kenyang je. Heran kawan. Takkan tak nak jaga maruah!

Sebelum ni kawan dah mohon awak saman RPK. Tak de satu benda pun yang kawan dengar.

Bukan setakat buat perangai lembu kenyang terhadap tuduhan RPK; ayah politik Datuk Seri suruh bersihkan nama pun, Datuk Seri buat perangai lembu kenyang jugak. Satu dunia tahu Tun Dr Mahathir Mohamad minta Datuk Seri bersihkan nama.

Jangan macam tu, Datuk Seri. Rakyat Malaysia tak nak orang bertanya dengan kata-kata, "Perdana Menteri awak tu lembu kenyang ke?"

Itu pun dah kira nasib baik kalau tanya begitu. Macam mana kalau dia tanya, si ****** tu bunuh Altantuya Shaariibuu ke? Kalau dia tak bunuh, ke mana hilangnya pistol yang bunuh Altantuya sebelum mayatnya dia diletupkan?

Apa kami nak jawab, Datuk Seri?

Berkaitan:
Petra dedah sumber info kaitkan Rosmah-Altantuya (Malaysiakini 5/5/09)
RPK, Ku Li and the Altantuya allegations (Malaysian Insider 5/5/09)

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.