Jiknah Harun, 49, mendakwa anaknya telah ditendang di bahagian belakang, dipukul di belakang kepala, dan dibelasan dengan getah air sehingga dia tidak mampu lagi menahan kesakitannya.Jiknah, seorang surirumah, membuat dakwaan tersebut dalam aduan yang dibuatnya di ibupejabat polis Klang pagi tadi.
Dalam aduan tersebut, Jiknah juga mempertikaikan dakwaan OCPD Klang, Mohamad Mat Yusof bahawa Adi Anwar mengalami kecederaan ketika bergelut sewaktu dia ditangkap.
Menurut Jiknah, jika betulnya anak itu cedera, mengapa dia tidak terus dibawa ke hospital.
Beliau diiringi oleh peguam N Surendran ketika datang membuat aduan polis pagi tadi.
Dalam aduannya, Jiknah juga menggesa supaya ditubuhkan sebuah badan bebas untuk menyiasat kes tersebut, tanpa campurtangan polis Klang kerana anggotanya didakwa memukul Adi Anwar.
Jiknah juga berkata beliau mahu mendapat keadilan untuk anaknya dan tindakan tegas diambil terhadap anggota polis yang didapati bersalah mencederakan anaknya itu.Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Jiknah berkata beliau berharap pihak polis akan membebaskan Adi Anwar secepat mungkin supaya dia dapat bertemu dengan anaknya perempuannya yang baru berusia tiga bulan.
Adi Anwar ditahan di Jalan Kebun kerana didakwa melakukan kesalahan berkaitan dengan dadah pada 7 April, tetapi dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas didakwa meminum bahan pelarut dan terus tidak sedarkan diri.
1 comments:
polis ni dah xder kije ke? bunuh jer kan senang. pengedar yg besar2 sampai la ni xpernah kena tangkap pun. bkn aku sokong si adi ni kerana terlibat dgn dadah pun. tp yg kecil2 ni korang beduk setengah mati. yg pengimport yg memproses dadah secara besar2an x pula kena tangkap. nak kata x tau.. xpayah nak sembang laa.. aku sendiri pun dah 800 kali buat report dah.. tp tgk xder apa tindakan pun. poodahhhh....!!1
Post a Comment