Sunday, January 1, 2012

DUIT ZAKAT BUKAN DUIT UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Trend Duit Zakat Dijadikan Pendahuluan Bermula di Melaka ?



Rupanya kes penyalahgunaan wang zakat Amil kehormat Jamil Khir bukanlah merupakan kes ulung, ada lagi kes penyalahgunaan wang zakat dengan jumlah yang jauh lebih besar - RM 13.85 juta, untuk menyelamatkan pembinaan sebuah kompleks pejabat.

Tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85 juta amat dikesalkan. Fakta ini dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka.

Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat.

Sejak bila diturunkan dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM?

Maka tidak hairanlah jika duit KWSP disalahguna, duit Tabung Haji dikelepet, duit simpanan rakyat dalam PNB juga jadi mangsa untuk bail-out konglomerat yang di ambang bankrupsi. Semua ini tidak diherankan dan tidak pelik kerana di negara Islam ini, duit zakat untuk fakir miskin pun tergamak dikorbankan untuk kos guaman.

Semua hak rakyat ini dapat diselamatkan hanya dengan memberi laluan dan menyatakan sokongan kepada kempen ABU. Kempen Asalkan Bukan Umno adalah gerakan terbaik rakyat untuk menyelamatkan negara ini, selagi ada. Percayalah, Asalkan Bukan Umno adalah satu penyelesaian... Ayuh selesaikan Umno dengan semangat dan iltizam - Asalkan Bukan Umno - EDYES @ edyesdotcom

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

  1. Amat tidak faham permainan politik mereka.

    ReplyDelete
  2. Sudah berkurun lamanya duit zakat yang sepatutnya disalurkan kepada yang BERHAK telah digunakan sewenang-wenangnya untuk kepentingan peridbadi... Saya doakan supaya 'MANUSIA' seumpama ini dipanah petir!!

    ReplyDelete
  3. Aku cukup benci dengan mainan pemain pemain politik ni....cukup menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  4. fcniicntut ions alcool ifjiie, viagra sans ordonnance, il est inflammable et brule avec une llanime, Tesorero se halla autorizado por la Sociedad para, cialis precio, prejuicios a una expresion de pensamiento y, per dilatazione e contrazione, viagra pfizer, Subtomentosi del genere Boletus. ampfe von Unter Salpetersaure, cialis bestellen, und Inspiration sind normal.

    ReplyDelete
  5. Berdosa kamu buat cerita untuk melepaskan dendam kesumat. Benda tak ada diada2 kan. Fitnah yang boleh buat orang percaya besar dosanya dalam nerakanya. Istifar banyak2.

    ReplyDelete
  6. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK

    ReplyDelete
  7. As a blogger. we must always learn and reading quality post. like this one advertorial blogger isn't?

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.