Saturday, October 1, 2011

UTUSAN: BELIT JANGAN TAK BELIT

بسم الله الرحمن الرحيم

Hakim putuskan Utusan fitnah dan tak perlu mintak maaf?

ALAHAI Utusan Malaysia! Gua tergelak tengok gelagat Utusan menegakkan benang basah. Selagi boleh belit, dia belit sampai terbelit-belit dan sembelit. Dari buaya sampai jadi cicak.

Dalam isu saman Khalid Samad terhadap Utusan kerana memfitnahnya, berita yang ingin diketahui rakyat ialah, adakah Utusan terbukti memfitnah? Siapa yang menang kes saman ini?

Beritanyanya mudah dan simple iaitu, Utusan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai terbukti bersalah kerana memfitnah Khalid Samad dan hukuman atau ganti rugi akan dikenakan kepada defendan.

Tapi bila berita ini disiarkan di Utusan, habis digorengnya. Dari berita Utusan terbukti bersalah, jadi berita seolah-olah hakim mengarahkan Utusan agar jangan memohon maaf.

Tambah melucukan, timbul pula kisah Hakim yang mengendalikan kes ini telah menjadi bingung. Sila baca screenshot di bawah.



Barulah gua faham, kalau dah terbukti memfitnah, maka pihak yang memfitnah tidak perlu memohon maaf. Maka tak hairanlah Utusan boleh memfitnah berulang kali tanpa rasa bersalah, dan sebab itu juga tak perlu minta maaf.


RentaP© - "Kalau kambeng paham, kambeng pun geleng kepala..."



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. KALU TAK TIPU,KELENTONG DAN FITNAH BUKAN UTUSAN ! LAYAK HANYA DITANDAS !

    ReplyDelete
  2. if that so, aku pun nak le membuat fitnah...paling tak pun bayar saman minimum...tak perlu nak malukan diri mintak maaf... darn...ego gilerr akhbar ni...

    ReplyDelete
  3. ya allah...macam-macam kan.....sudah2...orang berita.....buh yang betul sudah jangan belit2...last2 diri sendiri terbelit....

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.