Wednesday, March 9, 2011

PENOREH GETAH PAKAI ALPHARD VELFIRE

بسم الله الرحمن الرحيم

DAPAT AIR DAN SEKOTAK ROKOK PUN KAMI DAH GEMBIRA



Jika penoreh getah lain berlumba-lumba mengejar pendapatan lumayan hasil jualan getah ekoran kenaikan harga komoditi itu, lain pula ceritanya bagi beberapa penoreh getah di Kampung Kerai di sini.

Pemuda yang mahu dikenali sebagai Dee, 37, berkata pendapatannya yang boleh mencecah RM500 sehari itu, sanggup ditinggalkan demi memastikan Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Ahad ini yang sekaligus membolehkan agenda pembangunan di kampungnya diteruskan.

"Saya dengan rela hati turun padang membantu BN dengan memasang bendera di sekitar kampung saya tidak kira siang atau pun malam demi memastikan BN menang. Kami di kampung berasa amat selesa di bawah pentadbiran BN," katanya dengan penuh semangat.

Dee berkata walaupun sedar tugasan itu mengundang risiko namun beliau dan rakan-rakannya sanggup melakukan tugas itu secara sukarela.

"Kalau nak kira bayaran, dah banyak dah kita dapat manfaat daripada bantuan kerajaan. Jadi bayaran itu bukan masalahnya. Dapat air dan sekotak rokok pun kami dah gembira," katanya yang turut disokong rakannya Rozaimi Mohd Ali, 24. - Bernama



Note: Kah..kah..kah..kah.. Berapa ratus ekar ko punya kebun getah ni sampai boleh dapat RM500 sehari.. Patut-patut la kalau nak menipu pun.. patut-patut la kalau nak kipas pun.. Kah..kah..kah..kah.. Sehari RM500 sebulan boleh dapat RM15 ribu.. fuhhh.. paling bangsat pun mamat ni mesti pakai C class 230 Kompressor ni... klau tak pun mesti pakai Toyota Alphard vellfire Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. orang baru nak hidup memang mudah di gula-gula kan kah kah kah

    ReplyDelete
  2. Jualan untuk suku ekar= RM 300 (lebih kurang 100 btg pokok getah)

    Ali..pekebun kecil

    ReplyDelete
  3. bangsat punya sembang dapat 500sehari

    ReplyDelete
  4. oo ali pekebun kecil 4:20 AM. hang punya sembang lagi power.. habis2 rapat pun 1 ekar boleh tanam 200 batang je la bangang..!!! tu dah habis rapat la tu. yg hang ni suku ekar boleh tanam 100 batang? bermakna 1 ekar boleh cecah 400 batang pokok getah hang? ni pokok getah ke pokok lalang ni? agak2 ler klau nak menipu pun bangang..!!!

    lagi hang punya getah suku ekar leh dapat rm300. bermakna 1 ekar dah dapat rm1200. X payah banyak.. katakanlah hang ada 5 ekar pokok getah. bermakna hang boleh dapat rm6000 sehari tu.. wakakakakaa.. agak2 ler klau nak menipu pun. asalkan boleh sembang jer la hang ni.. bangang!!!!! kira2 bodoh.. konon nak buat2 pandai.. wakakakakaa

    ReplyDelete
  5. he he he he he, ali ni bodoh mcm amat maslan la... hihihihi

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.