Saturday, February 5, 2011

INI YANG TV3 TAK TUNJUK

بسم الله الرحمن الرحيم

POLIS GUNA SPRAY LADA





Punca berlaku apabila polis membuat lorong di jalan raya yang mana lorong tersebut tidak dapat menampung kehadiran orang ramai dalam demo tersebut. Maka ada salah seorang daripada peserta itu telah terlanggar bahu anggota polis dan dengan itu pihak polis dengan agresif membelasah peserta tersebut.

Ramai yang tidak berdosa menjadi mangsa keganasan polis ini termasuk golongan wanita. Polis pantang bersentuhan dengan mereka dan dengan itu mereka telah bertindak dengan aggresif sekali bagaikan dirasuk puaka dewa maya. - kijang59


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

  1. macam sial ...mentang mentang kamu ada kuasa...betul betul macam yahudi..ugama je islam...kalau berani betul buang uniform...

    nape le rakyat tak bangun bangun...

    nape masih takut...

    ReplyDelete
  2. Salam. Jgn dok cakap je beb. kumpul semua bukti. Failkan saman. bior penuh mahkamah dgn polis termasuk KPN, TKPN. masa polis dibicarakan di mahkamah, penjenayah akan bermaharajalela sbb balai kosong. penjara sug buluh ada muatkah utk isi? opsss.. skrip lain le pulak. NO PRIMA FACIE CASE. SOP polis tak suruh pukul dulu.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.