Tuesday, January 18, 2011

MELAYU TOLONG KASI CUCI BOLEH?

بسم الله الرحمن الرحيم



KUALA LUMPUR, 17 Jan.: Peguam yang didakwa meminta sebuah masjid di Kampung Kerinchi, Pantai Dalam memperlahankan azan hari ini, menyifatkan ia salah faham yang diperbesarkan pihak tertentu. Kenyatannya dibuat pada sidang media di pejabat Umno Lembah Pantai di sini.

Peguam tersebut, Ng Kian Nam, pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili penduduk di kawasan Pantai Dalam turut memohon maaf secara terbuka kepada semua rakyat negara ini terutamanya orang Islam.

Ng yang juga ahli seumur hidup MCA berkata, isu azan yang melibatkan Masjid Al-Ikhlasiah itu hanya salah faham dan sudah diselesaikan.

“Saya nak pohon maaf terhadap semua orang Islam kerana menimbulkan salah faham itu ... sebenarnya saya tidak tahu bagaimana untuk membezakan antara azan dan kuliah subuh.

“Saya akui setiap orang ada kelemahan termasuk saya, saya tulis surat itu kerana tidak dapat bezakan antara azan dan kuliah subuh. Jadi saya pohon maaf secara terbuka sekiranya surat yang saya tulis telah timbulkan salah faham.
“Secara terbuka saya pohon maaf kerana telah berlaku kekeliruan dan salah faham ini,” katanya. (IH)

Note: Kah..kah..kah..kah... Jilat la... Sayangnya umno pada peguam MCA ni kan.. Bersusah payah cuba nak menghalalkan yang haram.. bersusah payah melayu umno nak bersihkan najis seorang cina MCA.. Kah..kah..kah..kah.. Hidup melayu.. hidup umno...!!! Kah..kah..kah..kah..


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. org umno ni muka seko2 mcm bangsat je

    ReplyDelete
  2. hmmm bijak betul org2 be end ni, level2 lawyer... saye ulangi, LAWYER pon xtau tau beza azan dan ceramah/kuliah... pelik kan???
    kalu dah masuk be end tu, cina bijak pon bole jadi bangang... sedar x? saya ulang lagi sekali, beliau (seorang lawyer) memohon maaf krn x dpt membezakan azan dan kuliah...
    kalu apex jual sayur x kesah lagi... ni lawyer bole ckp camtu? ni la lawyer be end...

    ReplyDelete
  3. dalam surat dulu takda cerita pun pasal kuliah subuh ke..yang diperkatakan adalah suara azan jam 5.45 pagi dan mengejutkan dia dari tidur...

    kali ni dia cakap kuliah subuh pula...dia cakap maaf tapi untuk apa..tak mengaku salah pun..cuma maaf atas benda lain...

    rasanya menteri atau ada orang,,nong chik ke..mungkin ..yang ajar dan suruh cina tu cakap begitu...

    rasanya kita kena bohong lagi..surat pada nong chick pun ada nape tak settle dari dulu..tak perlu sampai keluar paper...

    ReplyDelete
  4. em..korang ni..x bek tau cakap macam tu..mungkin btul dia salah fahamm..macam kte jugak..setiap agama ada cara dan adat tersendiri...same mcm dieorang jugak..x kisah la BN ke PAS ke MCA ke..MIC ke....same jek...

    ReplyDelete
  5. Ingatkan cina tu yg x paham.. tp nampaknya My diary_eja yg lebih x paham. wakakakakaka..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.