Monday, January 17, 2011

KPJ PERANGAI MACAM BUDAK TADIKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Usaha tukar suami kerana gagal 'kawal isteri'



Kementerian Pelajaran Johor cuba menukar suami kepada calon PAS di Tenang Normala Sudirman daripada kawasan itu ke Johor Bahru atas alasan beliau tidak dapat "mengawal isterinya".

Arahan tiba-tiba itu, yang mengarahkan Makrof Abd Mutalib dipindahkan dalam 24 jam bagaimanapun ditarik semula selepas beberapa bantahan.

"Guru besar beritahu, ia kerana saya gagal kawal isteri, merujuk kepada penyertaan politiknya dalam PAS," kata Makrof yang telah mengajar di Tenang sejak 13 tahun.

Ditemui ketika PAS mengumumkan calon malam tadi, Makrof memberitahu Malaysiakini bahawa beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lagi apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut buat macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru dekat Segamat, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan parti.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.- malaysiakini

Note: Kah..kah..kah..kah.. Ni apa cerita ni... Kah..kah..kah..kah.. Ni dah kira main ngelat nih.. Kah..kah..kah..kah.. Isteri jadi calon Parti Pembangkang, suami pula yang kena notis 24 jam.. Kah..kah..kah..kah.. Kementerian Pelajaran Johor ni dah jadi kelab penyokong UMNO ke? Kah..kah..kah..kah.. Huh.. Perangai macam budak-budak sekolah tadika je.. buat malu orang melayu umno jer.. Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. kalau ada carta top 10 parti politik yg paling korup di dunia..
    SURE UMNGOK MENANG!!!

    ReplyDelete
  2. kelakar nya yang dinamakan pejabat pendidikan...perbuatan macam orang tak sekolah..tapi tak pelik..menterinya pun begitu..suka cakap lepas tu tak mengaku...kali ni pengarah pendidikan pula...

    sebenarnya kat malaysia ni takda tempat untuk parti pembangkang berbangsa melayu...pasti kena tindas dengan keluarga sekali...anak anak pun jadi mangsa...

    yang di jaga dari parti pembangkang adalah bangsa cina dan india..bee end jadi takut..dengan dap contohnya..tapi jika melayu..memang kena tindaspunya...

    melayu tak perasan lagi ke...tak nampak lagi ke...

    ReplyDelete
  3. tramadol online side effects to tramadol 50mg - tramadol 627 high

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.