Saturday, January 1, 2011

DAH DAPAT MENTERI PERDANA TAK CERDIK NAK BUAT MACAM MANA

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga minyak : Presiden Bolivia tahu peranan sbg Ketua Negara

Presiden Bolivia batal perintah naikkan harga minyak BH 2011/01/01

LA PAZ: Presiden Bolivia, Evo Morales, lewat Jumaat (waktu tempatan) membatalkan perintah undang-undang kerajaan susulan kekacauan di negara itu berpunca daripada kenaikan harga minyak.

Naib Presiden Alvaro Garcia mengeluarkan perintah itu Ahad lalu menamatkan pemberian subsidi bagi mengekalkan harga minyak pada paras rendah tetapi menyebabkan kerajaan Bolivia menampung kira-kira AS$380 juta setiap tahun.

Susulan kenaikan harga minyak sehingga 83 peratus menyebabkan harga minyak naik pada paras tinggi sejak 1991. - AFP

Note: Bolivia bukan negara pengeluar minyak... Tetapi beruntung rakyat bolivia dapat presiden yg bijak.. Kalau Menteri Perdana Malaysia ni dah tentu minyak akan naik harga lagi.. Alasannya kerajaan dah tak mampu nak tanggung subsidi. Kerajaan tu siapa? Subsidi tu apa kebendanya? Kah..kah..kah..kah...

Kerajaan tu maksudnya adalah bik mama ... Kah..kah..kah..kah... Subsidi tu maksudnya kain bajunya... Kah..kah..kah..kah...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. kita lagi untuk dapat ketua yang lebih bangang...

    kan melayu dah di labelkan bodoh bangang kini dulu dan selama lamanya..

    ikut je le...hu hu hu..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.