Wednesday, December 29, 2010

SULTAN CUTI

بسم الله الرحمن الرحيم

Sultan cuti, kemelut lantikan SUK mungkin berlarutan



KUALA LUMPUR, 29 Dis — Kemelut berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dilihat akan berpanjangan dengan hasrat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Selangor hari ini terpaksa ditangguh kerana baginda sedang bercuti.

Laporan media memetik Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah bercuti sejak minggu lalu.

“Untuk makluman, Tuanku sekarang sedang bercuti dan kembali ke istana pada 3 Januari ini.

“Jadi soal Menteri Besar hendak menghadap hari ini tiada sebab pelantikan itu OK dan tiada masalah,” kata laporan Sinar Harian.

Note: Cuti? Kah..kah..kah..kah.. Bila masa la pulak sultan bekerja..? Bila masa pulak sultan ada bukak kedai mee... Bercuti kerana stok mee putus...Kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. Salam.
    Sultan pun kena rehat dan cuti untuk ringankan kepala.

    TQ

    ReplyDelete
  2. oh sultan kena cuti ke? dah tu selama ni 24 jam sehari 365 hari setahun bukankah mmg kerja sultan ni bercuti? bila masanya yg sultan ada buat kerja ni admin p@p? jadinya sultan skrg ni bercuti dari bercuti la yer? hihihi

    ReplyDelete
  3. ya amponn..dlm dunia ni hanya rajagopal yg kerja keras smpi malaysia menang final. raja nong chik xtau buat ape.

    ReplyDelete
  4. republik jer senang....antar jer muzium sultan yg mcm ni...menyusah kan jer....kembong kan temolok dia ada lah....nak oikir pasal islam pasal melayu...porahhh...

    ReplyDelete
  5. Sultan keja time Umno diperlekehkan.
    Bila Umno diperlekehkan nanti adelah perkosa bt demo.Nanti time tulah sultan kata jangan gugat kuasa Umno.

    bak kata orang umno

    melayu itu islam,islam itu melayu
    melayu itu umno,umno itu melayu

    hahahahahahahahaha............

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.