Awas, Rawatan Alternatif Ini Boleh Menyebarkan Virus Hepatitis & HIV!

Kementerian Kesihatan UAE memberi amaran bahawa rawatan kaki/kulit alternatif/kosmetik yang menggunakan ikan seperti yang dipaparkan pada gambar di atas boleh menyebarkan penyakit bahaya.
Akhbar Al Khaleej yang memetik kata-kata Dr Amin Al Amiri, “Penggunaan ikan-ikan sebagai rawatan boleh mendatangkan mudarat kepada orang ramai kerana rawatan ini boleh menyebarkan penyakit termasuk hepatitis dan AIDS/HIV.”
Tambah Dr Amin, “Sesetengah orang mungkin mengalami penyakit berbahaya dan virus pada luka mereka akan mudah dipindahkan kepada orang lain melalui ikan dan air.”
Prosedur rawatan yang dibangunkan di Turki ini digunakan untuk merawat kulit termasuklah penyakit psoriasis.
Pesakit/orang ramai dikehendaki meletakkan kaki di dalam sebuah kolam kecil yang berisi ikan kecil (ikan garra rufa atau ikan chin chin). Ikan-ikan ini akan “memakan” sel-sel kulit yang telah mati pada kulit pesakit.
Untuk makluman, rawatan kaki menggunakan teknik ini diharamkan di 14 buah negeri di Amerika Syarikat. - duniacacamarba
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
salam..
ReplyDeleteterima kasih atas info
sy baru tahu
:)
assalamualaikum.. syukran tok info ni
ReplyDeletesaya tak pernah try.
ReplyDeleteada kawan kepada kawan saya bagitau,
dia amek master/phd bab sains..
dia cakap.. teknik ikan ni tipu je.
ikan tu bukan makan sel2 yang rosak pun.
ia cuma tertarik dan menghampiri kaki sebab bau kaki.
upss
sebelum nih ingat nak try. dah tahu nih taknak try lagi dah . huhu
ReplyDeleteahakkkk tingat lak zaman kecik-kecik mandi kat kolam tanah,bila dok diam berendam ikan sepat pun datang menghurung..geli-geli semacam...heeee kalu ikan kecik-kecik gitu leh sebarkan penyakit cam ner ek ngan ikan besar mcm kelah kat satu tmpt kat sabah yg dijadikan tarikan utk pelawat yg sesudi berenang ngan ikan tuuu
ReplyDeletekalau difikirkan memang ada logiknya ,tak memasal jer kena aid.Nauzubillah.
ReplyDeletenice info tuan blog...bru igt nak cube coz mcm bez rupenye leh dtg lgi byk penyakit dri rawat penyakit...
ReplyDeletemmg logik coz kuman leh merebak dlm air n ikan wu leh jdik agen pembiak..isyh2..