Wednesday, September 15, 2010

PENDEDAHAN KPN MENGGEMPARKAN!

بسم الله الرحمن الرحيم

Selama ini, rakyat hanya mendengar dari mulut pimpinan Pakatan Rakyat dan beberapa NGO tentang campur tangan kerajaan 1Malaysia terhadap institusi keselamatan di negara ini. Polis sering kali dituduh menjadi alat dan boneka kepada kerajaan Umno-BN.

Ramai yang melenting dan marah-marah dengan kenyataan itu. Menganggap segala tuduhan dan dakwaan itu fitnah dan tidak berasas. Tetapi ternyata apa yang didakwa selama ini terbukti benar bahawa kerajaan Umno-BN memang selama ini memperalatakan polis untuk menutup kelemahan,skandal dan penyelewengan untuk mengekalkan kuasa.

Kenyataan ini bukan keluar dari mulut orang kampung di kedai kopi tetapi dari Ketua Polis Negara sendiri! Tan Sri Musa Hassan dalam kenyataannya semalam mengesahkan bahawa Kementerian Dalam Negeri campur tangan dan terlibat secara langsung sehingga menjejaskan proses sisasatan polis.

Bagi saya kenyataan ini sangat bahaya kerana ia melibatkan kepentingan masyarakat dan imej negara di mata dunia. Bermakna ada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Tidak mustahil ada penyelewengan, jenayah dan skandal yang tidak mendapat keadilan dan siasatan yang adil dan telus.

Rakyat berhak tahu sejauh mana penglibatan kerajaan melalui Kementerian Dalam Negara yang mengganggu dan menjejaskan siasatan polis. Ini bukan hal main-main ini perkara besar. sebelum ini rakyat dikejutkan dengan pelbagai isu yang mengemparkan institusi keselamatan dalam negara.

Rakyat masih belum lupa isu pemecatan hakim-hakim kanan satu ketika dahulu. Rakyat masih belum lupa bekas Ketua Polis Tan Sri Rahim Nor yang menumbuk hingga lebam Dato Seri Anwar Ibrahim. Isu pita rakaman Linggam masih lagi menimbulkan persoalan apakah kesudahannya. Rakyat masih tertanya-tanya apa di sebalik isu mendiang Teoh Beng Hock yang dikatakan 'mencekik diri sendiri' sebelum terjun dari bangunan SPRM. Malah banyak lagi isu yang melibatkan pihak keselamatan seperti polis dan SPRM yang menimbulkan pelbagai spekulasi dan 1001 persoalan yang masih tidak terjawab.Adakah dalam hal ini kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya terkecuali?

Rakyat juga ingin tahu apakah kes yang melibatkan campur tangan dan 'gangguan'dari Kerajaan Umno-BN. Adakah ia melibatkan juga kes Liwat 1 dan Liwat 2 Dato Seri Anwar Ibrahim? Bagaimana kes berfrofil tinggi yang lain seperti penyelewengan PKFZ, kes rasuah yang melibatkan beberapa pimpinan Umno dan BN antaraya yang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Dato Norza Zakaria dan ramai lagi yang umum sedia maklum.

Kenyataan Ketua Polis Negara ini seolah-olah mengesahkan bahawa ada konspirasi, siasatan dan pendakwaan terpilih yang boleh menjejaskan reputasi dan berkait rapat dengan keselamatan negara.

Maka satu badan siasatan bebas seperti Suruhanjaya Diraja wajar ditubuhkan bagi membersihkan imej polis dan memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi ini. Saya teringin mendengar komen daripada Menteri Dalam Negeri adakah dakwaan KPN ini benar dan berasas atau sekadar melepas perasaan yang terpendam menjelang detik-detik akhir persaraan beliau. - HD



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comment:

  1. Takbir!!! terus kan perjuangan, kbenaran pasti dtg...insyaALLAH.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.