Sunday, May 23, 2010

MI BANDUNG MUAR

بسم الله الرحمن الرحيم



Bahan-bahan :
Mi kuning - dicelur dan ditos.
200 gm keledek
100gm udang kering
3 sudu cili kering yang telah dikisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
Sedikit udang
Gula
Garam
Sebiji telur
Serbuk perasa

Cara membuat:
1. Tumiskan bawang besar dan bawang putih. Ini diikuti dengan cili kering.
2. Setelah garing, masukkan udang kering.
3. Masukkan air secukupnya dan biarkan sehingga mendidih.
4. Selepas itu masukkan keledek dan udang. Kacau.
5. Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa.
6. Kuah harus dikacau sentiasa hingga masak.
7. Pecahkan telur dan tunggu ia masak. Kemudian tuangkan kuah ke atas mi kuning.




UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

12 comments:

  1. salam..
    wah, mee bandung muo!
    ni yg wat org muo teruja nih...
    selamat menjamu selera tuk semua
    :)

    ReplyDelete
  2. fullamak bro... lu bikin gua lapar la...

    Ini favourite gua beb.. kalau sampai Muar, mesti pekena 2 pinggan baru balik KL.

    Kebanyakkannya yang ada sekitar lembah klang tak setanding Mee Bandung Muar.

    ReplyDelete
  3. ahaha aku mmg favourite aku mee bandung! dalam banyak2 mee.. dah tu mee hailam.. aehehehe

    ReplyDelete
  4. ayooo.... tetiba rindu lak nk blk kg kt muo.. lapo la pulak...

    ReplyDelete
  5. salam BS..
    belanja sy mkn mee bandung muar mgu dpn ek :)

    ReplyDelete
  6. Bole bagi respi Mee Terbang?

    ReplyDelete
  7. hehehee.... Kengkawan semua.. kalau sape yg nak ke muo tu contact2 ler saya.. insyaAllah klau ada kesempatan leh kita dok sembang sambil pekena mee bandung eh...

    ReplyDelete
  8. isk...ramainya org muooo...
    :)

    ReplyDelete
  9. Kalau tak sedap siap hang..... hahaha

    ReplyDelete
  10. Alamak.. tok khadi sound plak.. ni yg takut ni.. nasib baik kluang dgn muar jauh.. ada can nak cabut... hehehe

    ReplyDelete
  11. pepagi tengok gambar pun dah lapar

    ReplyDelete
  12. pepagi tengok gambar pun dah lapar

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.