SPR Memalukan Negara, Bubarkan Saja.
Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mendesak supaya Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dibubarkan terus kerana suruhanjaya itu gagal menjalankan tugas seperti yang diamanahkan.
"Dalam menghadapi pilihan raya kecil parlimen di Hulu Selangor 25 April nanti, SPR telah memindahkan para pengundi sesuka hati tanpa mengikut prosidur dan kelulusan dari mana-mana pihak," katanya.
Beliau yang juga Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat berkata, "SPR tidak layak mengendalikan perjalanan sesuatu pilihan raya, sepatutnya SPR dibubarkan sahaja kerana ia tidak berguna kepada rakyat.
"SPR tidak mempunyai kuasa untuk memindahkan para pengundi dengan sewenang-wenangnya tanpa pengetahuan pengundi," katanya pada satu sidang media di lobi parlimen hari ini.
Fuziah berkata, tindakan keterlaluan SPR dilihat sebagai satu bentuk penyelewengan dan percubaan untuk membantu kemenangan Barisan Nasional.
"Apabila mereka (SPR) memindah para pengundi ke tempat yang jauh, pengundi yang tidak berkemampuan (dari segi kewangan) tidak akan turun mengundi," tegas beliau.
Kata Fuziah, "strategi khianat SPR ialah untuk menyusahkan para pengundi agar tidak ramai yang keluar mengundi."
Tambah beliau, pemindahan 233 pengundi Kampung Tanjung di Sungai Choh adalah tidak wajar dan ini menunjukkan SPR sebagai dalang BN untuk meraih kemenangan.
Menurut beliau, beliau akan meminta sokongan dari luar negara untuk mendedahkan SPR sebagai sebuah badan kerajaan yang berat sebelah, tidak telus dalam melaksanankan tugas dan seterusnya memansuhkan SPR.
UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.