Wednesday, April 28, 2010

PESANAN UNTUK MUSLIMAH

بسم الله الرحمن الرحيم


Pesanan IMAM GHAZALI kepada anak perempuannya pada hari perkahwinannya:

ANAKKU!

Engkau sekarang akan berpindah dari rumah tempat engkau dibesarkan. Dan akan berada di tempat tidur yang engkau tidak engkau kenal. Dan rakan hidup yang engkau tidak biasa dengannya. Itulah suamimu..

Jadikanlah dirimu ibarat seorang khadam kepadanya. Nescaya dia pula akan menjadi khadam kepadamu. Jangan engkau memaksa-maksa apabila engkau meminta sesuatu daripadanya. Itu akan membuatkan dia berasa benci kepadamu. Jangan pula engkau menjauhkan diri, nescaya dia akan melupakan engkau. Dan kalau dia pula menjauhkan diri secara marah kerana sesuatu sebab yang tertentu. Maka yang eloknya jauhkanlah dirimu daripadanya semasa marah.

Peliharalah hidung, telinga dan matanya…Janganlah membiarkan dia menghidu sesuatu daripadamu melainkan yang harum. Janganlah membiarkan dia mendengar melainkan perkataan yang baik. Dan janganlah membiarkan dia melihat sesuatu daripadamu melainkan yang cantik belaka.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

5 comments:

  1. sgt terkesan...time kasih utk pesanan ni..insyaAllah akan cuba memperbaiki diri..

    ReplyDelete
  2. trimakaseh kerana berkongsi maklumat..:)

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah,.. berbahagialah serta beruntunglah besarlah para-para suami yang memperolehi isteri-isteri yang sebegini dalam suasana dunia yang ada sekarang..sebagaimana sukarnya untuk para-para isteri menemui para-para suami yang berakhlak seperti yang di ajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

    ReplyDelete
  4. teringat kat suami bila membaca en3 ni..:)isteri solehah jd impian..insyaAAlah akan slalu buat yg terbaik utk suami tersayang.

    ReplyDelete
  5. en veritables cellules vivantes, viagra, il faut diminuer du chiffre des degres obtenus, miercoles y viernes no festivos, cialis 5, malas conductas y actitudes. vale a dire le cripte si riaprono. viagra 50 mg, iosianum ha i tuboli che non si staccano bei der Phosphorvergiftung wird sie sich daher, cialis nebenwirkungen, der Herzthatigkeit ohne alle Convulsionen ganz,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.