Sunday, January 31, 2010

PKR DULU, KINI DAN SELAMANYA DENGAN MASALAH YANG SAMA

بسم الله الرحمن الرحيم


GEORGETOWN - Selepas kurang 24 jam mengkiritik secara terbuka pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Ahli Jawatankuasa Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim (foto) menjadikan ’bossnya’, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai sasaran kedua.

Melalui temubual secara eksklusif bersama Sinar Harian semalam, Zahrain secara terbuka membidas tindakan Penasihat PKR itu yang didakwanya terlalu ghairah mengejar jawatan Perdana Menteri sehingga sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti untuk berkompromi dengan tekanan pemimpin DAP.

"Perjuangan PKR kini sudah melencong daripada matlamat asal. Dulu dia (Anwar) kata nak buat reformasi dalam pelbagai bidang untuk kebaikan rakyat dan negara tetapi sekarang sudah jadi lain," kata bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu. - malaysiaberih

Bila nawaitu Wakil Rakyat bukan untuk membela rakyat ...

Namanya pun Wakil Rakyat ... dan naik pun kerana rakyat ... jadi yang perlu diutamakan adalah rakyat yang menaikkan nya BUKAN poket sendiri ...

Tapi kebanyakkan wakil rakyat ni lebih mengutamakan poket sendiri dulu sebelum rakyat ... Ini lah yang terjadi kepada Bekas Pengerusi PKR Negeri (Pulau Pinang) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim, Ahli Parlimen Bayan Baru, yang dikatakan berura-ura untuk melompat parti bersama beberapa lagi wakil rakyat Pakatan kedalam UMNO.

Zahrain dikatakan kecewa sangat selepas Ketua Menteri LGE menolak cadangan dari sebuah syarikat yang ingin menguruskan Kelab Golf Bukit Jambul. Tidak pula disebutkan apa hubungan Zahrain dengan syarikat ini. Tapi kalau tak ada apa-apa hubungan masakan Zahrain begitu marah pada LGE sehingga menggelarkan nya (LGE) sebagai seorang Diktator, cauvanis dan berpikiran komunis.

Ini lah sikap kebanyakan wakil-wakil rakyat kita sekarang ni. Poket sendiri yang diutamakan bukanya rakyat. Bila poket sendiri tak dapat dipenuhkan, parti dan rakyat yang jadi mangsa. Sampai bila akan jadi begini? - mimpi-senja

Note:
Inilah muka-muka kalau berjuang kerana wang dan pangkat. YB PKR ni kebanyakannya serpihan dari UMNO. Bila duduk dalam umno dah tak laku cuba pula memperjudikan nasib dalam PKR. Bila kemahuannya tidak dipersetujui mula la nak buat onar. Kerana mereka tahu mereka akan diberi perhatian oleh pihak gerombolan yang sentiasa dahagakan isu. Namanya akan dijulang sementara waktu seperti Jamaludin Radzi, Othman Jailu, Ezam Mohd Noor, Mohd Radzi Salleh dan kini bakal menyusul Zulkifli Nordin, Zahrain Mohd Hashim dan mengikut ura-ura mungkin ramai lagi yang bakal menyusul. Bak kata kawan aku.. bagus la kalau macam ni. Sekurang kurangnya kita tahu la mereka ni berjuang untuk apa. Tapi pendapat aku sedikit berbeza. bukan itu persoalannya.. ini soal kredibiliti parti.. bagaimana dari permasalahan ini memberi kesan kepada keyakinan rakyat serta penyokong, ditambah pula dgn hentaman media pencacai yang bakal memberi kesan kepada makcik dan pakcik di kampung. So untuk PKR sampai bila nak begini ? Jangan terlalu bernafsu melihat robeknya kain orang lain.. cuba pandang-pandang rumah kita sendiri dah nak roboh.



UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

3 comments:

  1. Si hantu gigi jarang... wakakakakaaka

    ReplyDelete
  2. PKR ni dulu parti serpihan UMNO, semangat keUMNOan tu masih ada, berjuang untuk projek, poket mesti kembung, tapi bukan semua la, para refomasi dulu dah tak ada sebab geng-geng ni dah potong lipat mereka, tak percaya tanya geng refomasi yang otai-otai mereka dah malas nak reform lagi dah, yang dapat nama orang lain. mereka ni tunggu dan lihat sahaja.......macam aku.....

    ReplyDelete
  3. salam, geng reformasi ada lagi dalam kepimpinan, yang masalahnya....geng umno yang masuk dan kononnya telah timbul kesedaran tetapi kemudian mereka mula menghancurkan Parti Keadilan rakyat dan PR dari dalam. Mereka tak pernah merasai keperitan berjuang ketika semua orang memandang sinis pakatan pembangkang..... kerani-opis.blogspot

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.