Tuesday, January 19, 2010

NPL - RAKYAT MAKIN SENGSARA

بسم الله الرحمن الرحيم

* Hari ini kerajaan mengumumkan bahawa pengkelasan tempoh hutang tidak berbayar (NPL) bank bagi semua kemudahan kredit diselaraskan kepada 3 bulan berbanding enam bulan sebelum ini.
* Walaupun ini dilihat sebagai satu langkah untuk mendisplinkan peminjam, supaya mereka membayar pinjaman mengikut jadual, namun ianya sebenarnya memberi ruang kepada pihak bank untuk lebih menindas.
* Golongan utama yang paling terkesan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini adalah golongan yang hilang pekerjaan.
* Bayangkan, jika anda kehilangan pekerjaan, anda hanya ada tempoh tiga bulan untuk mencari kerja baru. Hutang kenderaan, bulan kedua pihak Bank sudah mula menelefon, bulan ketiga anda perlu bersedia berdepan dengan tindakan mahkamah.
* Lebih ramai akan di "Black List"
* Pinjaman menjadi lebih ketat.
* Ah Long lebih subur.
* Had NPL tiga bulan adalah tidak wajar dikala ekonomi negara berada dalam keadaan tidak menentu.
* Rakyat seperti sudah jatuh ditimpa tangga.

http://adlyzahari.blogspot.com/2010/01/npl-rakyat-makin-sengsara.html


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

1 comment:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.