Tuesday, January 19, 2010

NAJIB GUNA KHIDMAT PERUNDING ISREAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Perunding Imej Najib adalah Israel



APCO Worlwide, sebuah syarikat yang di bayar oleh Perdana Menteri untuk meningkatkan imej beliau yang semakin luntur, didakwa menawarkan perkhidmatan yang serupa kepada diktator dan pemimpin-pemimpin korup diseluruh dunia, demikian menurut The Times Of India.

Akhbar terkemuka tersebut baru-baru ini melaporkan, selain daripada Najib, syarikat yang berpengkalan di Washington itu juga memberikan perkhidmatan kepada Diktator Nigeria, Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.

Pelanggan-pelanggan APCO juga termasuk jutawan Mikhail Khodorkovsky, yang merupakan seorang pemimpin muda dari Parti Komunis Rusia dan mempunyai kaitan dengan mafia.

The Times of India juga melancarkan siasatan terhadap APCO Worlwide selepas mendapati Ketua Menteri Gujarat, Narendra Modi juga merupakan pelanggan syarikat tersebut.

Narendra didakwa menjadi penyebab kepada pergaduhan ugama pada Februari 2002, dimana 1,000 terbunuh, majoritinya orang-orang Islam. Kerajaan Negeri Gujarat membayar APCO Worldwide untuk memulihkan imej Narendra, dengan bayaran sebanyak US$25,000 sebulan.

“Walaupun perkhidmatan APCO tiga kali lebih mahal dari firma-firma PR yang lain, APCO dipilih kerana ia mempunyai ramai ahli-ahli Democrat dan Republican yang berkhidmat sebagai perunding.

Kerajaan Malaysia dipercayaai telah memilih APCO dengan kontrak bernilai RM20 juta sebaik saja Najib menjadi Perdana Menteri.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1984, APCO Worldwide merupakan syarikat komunikasi global dengan jaringan ke 25 ibukota ternama di dunia. Pelanggan mereka termasuk kerajaan, syarikat-syarikat korporat, pertubuhan industri dan agensi-agensi yang tidak berasaskan keuntungan.

APCO Worldwide telah pun mempunyai pejabat di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas perjanjian yang ditandatangani dengan kerajaan Najib.

Diantara penasihat utama APCO ialah pakar-pakar yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel. Mereka termasuk Shimon Shein, bekas duta Israel ke Jerman. Itamar Rabinovich, bekas Duta Israel ke US dan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Agensi Keselamatan Israel.

Diterjemah dari artikel asal di Free Malaysia Today.

- perakexpress


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

7 comments:

  1. Astaghfirullah....
    Dunia akhir zaman bila golongan musyrik di jadikan rujukan dan pemimpin...

    ReplyDelete
  2. syukran PM..! anda memang PM yg 'BIJAK'..

    ^^KesengaLan meLamPau^^

    ReplyDelete
  3. "Rakyat didahulukan" untuk jadi kubu batang pisang...

    ReplyDelete
  4. inilah pemimpin yg terdesak...mana ader pm malaysia yg baru naik sebelum ini mmpunyai imej yg buruk seperti najib jadi demi memulihkan kebusukan nya di seentaro dunia dan mengekalkan kuasa maka APCO ler antara talian hayat najib skg..buat ler camana pun allah akn mmblas perbuatan2 kotor dia ..apco ker repco ker allah maha mengetahui..

    ReplyDelete
  5. Eh,tu ok la bro...awat tak boleh ka si Najib pakai khidmat Israel? Bang Nuar pun duk guna depa jugak,lagi kerap, hai tak kan kita nak double standard kot??

    ReplyDelete
  6. Ampatuan jr.. kalau nak kluarkan kenyataan biar ada bukti.. jgn jadi mcm pemimpin2 ajing korang tu.. cakap ikut sedap tekak dia je.. mentang2 la sprm, polis, hakim, mahkamah semua depa punya so depa boleh nak fitnah suka2 ati mak depa je..

    kalau berani tinggalkan nama, alamat, no ic serta no HP sekali.. senang aku bgtau kat peguam anuar untuk dakwa ko.. aku bukan penyokong anuar ke nik aziz ke atau lim guan eng.. apatah lagi umno anjing.. tapi aku nak tgk la klau apa yg ko kata ni betul atau tidak. aku nak tgk jugak ada ke menteri2 ko tu nak tolong ko klau ko kena saman fitnah tu nnt.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.