Tuesday, January 19, 2010

BILA SI BODOH BERKUASA, RAKYAT JADI MANGSA

بسم الله الرحمن الرحيم

Cikgu tiada kerja kerana menteri bergasak sesama sendiri


Isu ini bukan isu baru, cuma kini dibangkitkan semula apabila bertambah kritikal. Semalam timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zakarshi menyalahkan IPTA yang terus menawarkan program ijazah pendidikan di negara ini.

Apabila Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi diasingkan maka wujud masalah kerana tidak ada keselarasan. Mungkin setiap menteri yang mewakili kementerian terbabit mempunyai agenda politik tersendiri.

28 Institut Pendidikan Guru kekal di bawah KP yang kini dinaik taraf untuk melahirkan graduan dalam ijazah pendidikan untuk ditempatkan di sekolah rendah .

Penempatan guru,sekolah rendah dan menengah juga terletak di bawah KP. Dalam masa yang sama IPTA,IPTS termasuk UPSI yang terletak di bawah KPT terus menawarkan program ijazah pendidikan.

Memandangkan IPG merupakan produk KP, sudah pasti keutamaan diberikan dalam urusan penempatan. Lebihan atau saki baki kekosongan baru ditawarkan kepada KPT.

Maka berlakulah hari ini apa yang diistilahkan lambakan graduan IPTA/IPTS dalam bidang pendidikan. Jika dulu bidang pendidikan adalah 'pasport' untuk menjadi guru kini tidak lagi.

Sepatutnya masalah tak berlaku, KP atau KPT dua-dua di bawah kabinet 1Malaysia. Apa yang mereka buat dan bincang masa mesyuarat kabinet? lainlah kalau KP di bawah kerajaan Umno@BN dan KPT di bawah Pakatan Rakyat. Sudah pasti wujud diskriminasi.

Nama je kabinet 1Malaysia tetapi masalah ini pun tak boleh selesaikan. Menjadi mangsa adalah ribuan graduan pendidikan yang sehingga hari ini menjadi penganggur.

Adakah kerajaan nak suruh mereka jual burger? Jika tidak pun minta mereka jangan pilih kerja, kerajaan 1Malaysia syorkan buatlah apa yang patut tanam kangkung atau jual kacang putih?

Timbalan Perdana Menteri yang juga MP turut bertanggungjawab terhadap KPT. Kalau KPT tak penting atau tidak sehaluan dengan dasar, mansuhkan terus pos kabinet ini tak perlu diadakan.

Hari ini kedua-dua menteri KP dan KPT dari parti 'juara rakyat' yang bangga dengan slogan rakyat didahulukan terus mempersendakan rakyat di negara ini.
Selesaikan dulu masalah dari parti dan kabinet dari sibuk-sibuk nak jadi juara rakyat.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH.. ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..ASTAGHFIRULLAH AL-AZHIM..

4 comments:

  1. rakyat akn lagi sensara apabila orang bijak pandai berkuasa.

    sekurang2 kita nmpak si bodoh tu bile buat salah or ape2 tp kalo ngn si pandai, xnmpak dah. HIDE always..

    mcm ko jugak

    aku rasa ko nih just pandai menulis dan berkata2 dan menunding semua kesalahan orang. ko nye?

    mesti ko hide nye kan?
    kan?

    ReplyDelete
  2. Pemimpin public figure... pemimpin jadi tauladan.... kalau dah pemimpin x betul nak tauladankan sapa...?

    ReplyDelete
  3. ^^ Takkan sengsara rakyat kalo dipimpin oleh org y bijak pandai dlm agama k.. masalah berlaku apabila pemimpin 'sekular' n gila kuasa semata-mata, agama letak jauh.. cm pemimpin kte skg, bnyk y bijak, tp 'bodoh' dlm beragama.. oh tidak!

    y jadi mangsa siapa..???

    ReplyDelete
  4. hidup akan aman damai kalau kita tak pisahkan agama dari setiap urusan kehidupan.

    pemimpin sekarang 'terlampau pandai' coz dorang dah berkiblatkan fahaman liberal, di mana sekularism adalah salah 1 dari aspek penting dalam liberalism.

    setuju dgn ~ana solehah~, kita mesti pilih pemimpin dari kalangan yang berakhlak mulia, berpendidiakna agama..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.