Monday, September 14, 2009

MALAS...!!!!!



Bismillahirahmannirahim..

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.
Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku

Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"

maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.....
Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

"saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas"....

Hehehe... Selamat menyambut syawal yang bakal menjelma buat semua sahabat2 serta pengunjung blog ini. Ampun maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, terlebih kata2, tersentuh hati terasa jiwa. Semoga segala amalan kita diterima Allah. insyaAllah. Wassalam.


UNTUK TEMAN-TEMAN BLOGGERS YG MELAWAT BLOG INI, TINGGALKANLAH SEPATAH DUA KOMEN UNTUK DIJADIKAN PERINGATAN AGAR AKU X TERLUPA UNTUK MELAWAT BLOG KALIAN KEMBALI.. INSYA ALLAH. I LOVE YOU FULL.. HA..HA..HA..HA..

18 comments:

  1. asalamualikum BS apa khabar, lucu juga lawak awak ni yee!. Blog paling update on time. Tahniah..teruskan perjuangan.etuzawarnakehidupan.

    ReplyDelete
  2. Salam BS,
    7 likur ni jangan malas-malas ya dik..Sesekali posting humor gini best juga.Tak tension.Bagus la..

    Apapun akak nak ucapkan selamat hariraya maaf zahir batin sekiranya ada terkasar bahasa dan terlebih bicara yang terasa dihati.Raya nanti datanglah Perak.Kemudian kita pergi pilihanraya diBagan Pinang.

    ReplyDelete
  3. dah minta maaf ni ... tak ada entri baru lagi ke? saya pun minta maaf juga atas apa2 komen yang mungkin menyentuh perasaan sdr. tak ada niat pun nak buat begitu.

    ReplyDelete
  4. bulan puasa ni..kak zai paling malas nak berblog..pendek kata mmg malas nak baca sbnrnya..

    ReplyDelete
  5. sy paling malas tuanku..

    'nak komen pun malas...

    ReplyDelete
  6. Salam.Ha...ha...ha. 3 X ja pasal letih puasa.

    ReplyDelete
  7. kelakar entri ini..
    buat ku tersenyum..hehehe..
    memang malas tul le budak tue..

    ReplyDelete
  8. Eloklah tu bermaaf-maafan
    bukan nk boleh buat apa pun kalau tak bermaaf-maafan..penat sendiri saja..
    anyway selamat menyambut hari mulia
    moga kita berjumpa lagi dibulan ramadhan mulia ditahun2 yg akan datang..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. Salam BS,
    Lawak bagus untuk release tension. Tapi jangan banyak sangat nanti hati mati dek banyak ketawa kata Rasulullah.

    Salam Aidilfitri kepada BS dan blogger lain yang sewaktu dengannya. Hihihi mcm umum waktu berbukala pulak.

    ReplyDelete
  10. Nak ceritapun malas,memang pemalas sungguh budak tu.anak pakpandir agaknya..

    ReplyDelete
  11. Rajin la Bujang, wat Update nieyh..he3 Bagus Teruskan Usaha..aku doakan engkau berjaya di dunia dan di akhirat..


    Nota: lawak tu ada dalam Buku Mastika la kat senyum pisang..hu3

    ReplyDelete
  12. lawak2

    aku ingatkan aku la yang paling malas

    *malas hidup............

    ReplyDelete
  13. Salam.... nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri and...

    "May you be blessed by the love of Allah and be guided by Him in whatever you do......."

    ReplyDelete
  14. dah pnah baca..dalam mastika..hehetp,xpe..

    ReplyDelete
  15. baru je join blog ni hari ni..memang up to date.bagus2.dan cite ni memang betol2 buat aku tersenyum,hehehe...memang pemalas tahap cipan lah tu.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.