JAKARTA – Majlis Ulama Indonesia (MUI) memutuskan bahawa vaksin meningitis untuk jemaah haji haram kerana mengandungi enzim babi, lapor akhbar Batam Pos semalam.
Menurut Ketua Fatwa MUI, Maruf Amin, keputusan itu dibuat selepas badan agama itu membuat pertimbangan dan analisis berhubung vaksin tersebut.
“Namun keterangan yang paling kuat adalah daripada Jabatan Kesihatan yang menegaskan bahawa vaksin itu mengandungi babi,” ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabatnya kelmarin.
Berikutan keputusan pengharaman itu, Maruf memberitahu, rancangan MUI untuk melawat Belgium bagi melihat proses pembuatan vaksin tersebut dibatalkan.
“Tidak ada lagi yang perlu dibuktikan. Justeru, kami batalkan hasrat untuk pergi ke Belgium,” katanya.
MUI sebelum ini menyuarakan keraguan berhubung kenyataan Badan Pengawas Ubat-Ubatan dan Makanan yang menjelaskan bahawa tidak ada kandungan babi dalam vaksin itu.
Badan itu menyatakan penggunaan enzim babi hanya digunakan untuk satu proses pemisahan bahan vaksin.
“Tidak mungkin tidak mengandungi babi kalau terdapat penggunaan enzim babi,” kata Ketua MUI, KH Amidhan.
Bagaimanapun, Amidhan memberitahu, penggunaan produk haram vaksin meningitis masih dibolehkan dalam keadaan darurat.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.