BUTTERWORTH: Seorang lagi calon bebas mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, menjadikan tiga calon telah mengesahkan untuk merebut kerusi itu.
Ahli perniagaan Mohd Saberi Othman, 49, berkata hasratnya untuk bertanding adalah kerana ingin berbakti kepada penduduk Penanti.
"Saya merupakan penduduk Kubang Semang... penduduk Penanti. Jadi saya ingin berkhidmat untuk penduduk kawasan itu tanpa mengira bangsa," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Bekas anggota tentera itu yakin akan mendapat sokongan penduduk Penanti memandangkan beliau anak jati kawasan itu.
"Saya yakin mendapat sokongan daripada penduduk di Penanti kerana saya mempunyai ramai kawan," katanya.
Sebelum ini, PKR mengumumkan pemilihan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56, sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil berkenaan.
Selain PKR, bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56, menyatakan hasrat bertanding sebagai calon bebas kerana merasakan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini tersasar daripada matlamat asal KeAdilan sewaktu awal penubuhannya dahulu.
Barisan Nasional (BN) semalam mengesahkan tidak akan bertanding pada pilihan raya kecil itu.
Kerusi DUN Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 (TKM1) Mohammad Fairus Khairuddin. BERNAMA
BUJANG SUSAH: UMNO kan...? tengok misai sarip dol dan songkok dah tau dah.. hehehehe... alahai pakcik.. kita org bukan x tau.. umno kan segan dan takut xleh terima kenyataan klau kalah kat penanti tu. so ni kan taktik bingai korang jer kan.. x payah la nak buat2 bodoh.. org dah tau semua dah. kak min dan saberi bertanding atas tiket bebas yg ditaja.. mana la tau kot2 menang kan.. automatik la pastu istihar masuk umno. klau kalah pun umno x segan la kan.. boleh la si najis tu kata nanti.. umno x bertanding pun. yang kalah tu calon bebas.. perghhh... org2 x sekolah boleh la najis, pakcik dan makcik min nak tipu.. wakakakaka... pandainya najis buat lawak... lawak bangang... bodoh siot...
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.