Tuesday, July 26, 2011

POLIS BOHONG KE MAT SABU BOHONG?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rakaman Video Penuh, Mat Sabu dilanggar Polis



Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

By Anak Sungai Derhaka

PADA 9 Julai 2011, iaitu tarikh yang sama dakwaan Mat Sabu dilanggar kereta Polis sebelum ditahan, Portal The Malaysian Insider ada menyiarkan berita mengenai dakwaan tersebut, yang juga pada hari yang sama perhimpunan BERSIH 2.0 diadakan.
Jelas, terang dan nyata, Portal The Malaysian Insider melaporkan bahawa Mat Sabu dilanggar dengan sebuah kereta Polis sebelum ditahan, diulangi dilanggar dengan KERETA POLIS sebelum ditahan. Sila rujuk sendiri berita ini, klik! [The Malaysian Insider].

Polis dengan yakin dan bangganya mengeluarkan video untuk membuktikan Mat Sabu menipu. Tapi malangnya video yang dikeluarkan oleh Polis, menguatkan lagi dakwaan bahawa Mat Sabu memang benar dilanggar oleh kereta Polis sebelum beliau ditahan 9 Julai lalu.

Bermula pada durasi ke 2:18 di dalam video yang dibentangkan oleh Polis, jelas sekali menunjukkan bahawa kereta Polis berada pada bahagian kanan jalan (lorong yang salah), sementara motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu dilihat tumbang di hadapan kereta polis tersebut.

Apa yang melucukan, Polis memutar belitkan cerita untuk menegakkan benang yang basah dengan cara mengalihkan isu. Polis mendakwa Mat Sabu tidak dilanggar oleh pajero (Land Rover) Polis. Memanglah! Sebab mat Sabu dilanggar oleh kereta proton waja Polis. Saksikan video di atas dengan mata kepala anda sendiri.


Salinan report Mat Sabu dilanggar oleh kereta waja polis.. klik pada image untuk besarkan


Gambar x-ray lutut kaki Mat Sabu


Kenyataan Mat Sabu

Untuk cerita seterusnya sila klik di SINI

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

  1. mula2 dia cakap

    "mat sabu mendakwa dilanggar Land Rover."

    then tunjuk tayar motor mat sabu, dan dia cakap motosikal dinaiki Mat Sabu terbalik. katanya terlanggar bahu jalan"..

    betul tak???

    tapi ayat dia

    "ini kereta WAJA PDRM yang BERLANGGAR...."

    kenapa yg berlanggar? kata Mat Sabu langgar bahu jalan?

    musykil..musykil...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.