Monday, July 11, 2011

POLIS BELAKANGKAN PERKENAN AGONG

بسم الله الرحمن الرحيم

'Agong perkenan terima memo tetapi dihalang polis'

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said mendakwa Yang di-Pertuan Agong telah memberi perkenan untuk menerima memorandum daripada perwakilan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini tetapi dihalang oleh polis.

Katanya ketika mengadap Seri Paduka pada minggu lalu, Seri Paduka bersetuju membenarkan gabungan 62 NGO itu menyerahkan memorandum mereka bagi menuntut pembaharuan pilihan raya hari ini.

"Baginda bertitah boleh. Itu sebab saya ikut (perwakilan) hantar memo,” katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

"Saya ambil keputusan untuk nantinya hantar surat untuk beritahu kesediaan Agung terima memo today dilanyani dengan baik oleh polis... Bukan salah saya, tapi oleh polis." jelas sasterawan Negara itu.



Beliau juga membidas keganasan yang digunakan polis pada perhimpunan hari ini sambil menyifatkan ia keganasan yang paling teruk pernah disaksikannya.

patah kaki"Saya menyaksikan tembakan gas itu amat rambang dan kasar. Saya menyaksikan beberapa wanita yang jatuh dan huru-hara, itu tidak pernah ditengok.

"Dulu walaupun saya menghadapi gas tapi yang ini adalah gas yang kejam sekali dan dahsyat."

Bagi beliau, acara ini cukup berkaya kerana di sebalik pelbagai halangan dan hambatan, rakyat tidak takut meluahkan perasaan mereka. - Mkini



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. salam.

    1. polis tu jahat tul nak kene sekek sekor2 kat allah baru dia org tau.

    2. widget follower melor hilang tetiba macamana nak dapatkan balik?

    3. apa itu "menu tool menu alat" kat menu bar chrome. melor tak jumpa cari benda tu la. nak try cuci cookies kat chrome tak boleh lagi. pc melor dah semakin teruk la

    ReplyDelete
  2. Aduhai bahasa laporan yang kalau Sasterawan Negara membaca akan membuatkan beliau menggelengkan kepala.

    ReplyDelete
  3. polis dah beri amaran jangan libat kan diri dgn demontrasi bersih, hangpa nak p gak...... kenapa nk salah kan polis? bila masa Yang di-Pertuan Agong benarkan depa berdemo..... ahak ahak ahak lawak2

    ReplyDelete
  4. Melor..
    Camana Allah sekek tu Melor pakai tangan kah?
    Allah ada tangan kah Melor?

    ReplyDelete
  5. anjing2 umno dah menyalak jgn buat demo angpa berdemo gak kahkahkahkah najis mughallazah betullah anjing2 umno ni

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.