Thursday, June 9, 2011

TU DIA BAGHU..!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Saksi: Ubah-suai rumah RM6.5 juta dibayar tunai



Mantan Menteri Besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo membelanjakan RM6.5 juta bagi mengubah-suai rumahnya daripada rekabentuk asal Itali tropikal kepada konsep Bali, kata pereka lanskap yang dipertanggungjawab membuat pengubah-suaian itu, Nasir Ismail, di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Jumlah itu, katanya pada hari ketiga perbicaraan rasuah Khir dibuat dalam bayaran ansuran sebanyak lima kali dan dibayar dengan tunai.

Nasir berkata beliau menerima bayarannya sebanyak RM500,000 dalam bentuk tunai daripada Pengarah Syarikat Ditamas Sdn Bhd Datuk Shamsuddin Hayroni dan Khir, yang ketika itu adalah menteri besar Selangor di kediaman rasminya.

Khir, yang juga ADUN Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di Shah Alam pada 29 Mei 2007. - Mkini

Note: Ni salah satu contoh kepimpinan UMNO bila sudah tidak berkuasa lagi.. satu persatu lubang kena korek.. masa tengah ada kuasa semua pun boleh cover.. sprm, polis, bomba semua takut nak siasat.. bila dah tak ada kuasa baru kita semua tahu.. kalau nak tengok lebih ramai lagi di siasat, PRU 13 ni bagi Umno/BN jatuh.. kita tengok siapa yang lintang pukang lari ke luar negara mintak suaka politik.. kah kah kah kah tuuuuunggu!!!!!!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. Assalamualaikum, "...lari lintang pukang minta PUAKA politik" ha ha! Tunggguuuu!!!

    ReplyDelete
  2. nama pun khir toyol...toyol semua orang tahu species mencuri duit..

    itu pun ada penyokong dok gila sokong ..

    kesian tengok penyokong yang tak sedar diri sampai bila bila pun

    ReplyDelete
  3. korang ni pun satu...RM6.5juta tuh duit simpanan dia dari kecil2 dulu lah....duit yg disimpan dlm tabung buluh dan sorok bawah katil
    ....hehehe MASAK lah kau khir kali nih....hidup UMNgOk

    ReplyDelete
  4. Nous devons faire remarquer que les alcools, viagra sans ordonnance en pharmacie, Soumis a la distillation menagee, ni perfecto sino cambiante y corregible con el, cialis en farmacias, condiciones indispensables para el progreso, Queste ife non sono molto abbondanti e si trovano viagra per donne, LUIGI BUSCALIONI e GINO POLPACCI Zuckungen am rechten Fusse, cialis bestellen online, Wie Betaubimg und Schwindel,

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.