Thursday, June 16, 2011

MANJANYA AYAT ANAK YATIM NI

بسم الله الرحمن الرحيم

Rais: Pengodam salah faham niat baik k'jaan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima reaksi negatif.

Mengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.

"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya.

Ahad lalu sekumpulan pengodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.

Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.

"Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.

Note: Kah kah kah kah.. Dah takut la tu.. klau tak selama ni sikit-sikit nak ambil tindakan pada blogger.. sikit-sikit nak saman dan heret ke mahkamah.. sikit-sikit ugut.. Sekarang ni lemah lembut jer ayat.. "Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan”. Kah kah kah kah.. woii tak tau malu ke..!!!? Aku nak tanya SKMM... Papa gomo yang blognya penuh dengan video lucah tu kenapa korang diam jer? kenapa tak ambil tindakan? Adakah SKMM takut dengan Papa Gomo? Adakah ini bermakna mengupload video lucah tidak akan sama sekali dikenakan tindakan oleh SKMM? Tolong bagi jawapan... Bodoh!!!!!!!!



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. biar sekali sekala dikunjungi hacker luar untuk govt site baru dia orang patch dia punya sistem elok sikit..hahaha ntah2 Anonymous tu rakyat malaysia juga kot sapa tau yang benci dengan kerajaan skrg.sapa2 boleh jadi Anonymous dalam dunia cyber nie dan bukan jadi crime pun.nak tukar ip bukan ssh sgt pom.sesekali admin www.malaysia.gov.my bersekang mata apa salahnya bukan selalu..lagi pun dana untuknya kan banyak..nie lah masa nak guna.

    ReplyDelete
  2. kata balik kat rais anak yatim "KERAJAAN SALAH FAHAM AKAN NIAT BAIK PENGGODAM SEBENARNYEEE"

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.