Monday, June 13, 2011

LAGI PROJEK PEMBERIAN IC KEPADA WARGA ASING

بسم الله الرحمن الرحيم



Selepas di Selangor, projek pemberian IC kepada warga asing khabarnya kini dijalankan pula di Pahang,

Pemberian IC ini dilihat usaha terdesak Umno barisan nasional untuk terus mengekalkan kuasa dinegeri tersebut, sebelum ini pemberian ic ini rancak dijalankan di negeri Selangor sebagai usaha terkotor dan jijik Umno -barisan nasional merampas selangor

Senario dipahang kini dilihat memberikan laluan mudah kepada pakatan rakyat untuk merampas negeri tersebut,

Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini.

Pakatan rakyat meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini

Namun, Harus kita sedari, dalam keadaan serba terdesak seperti itu, Umno -Barisan nasional akan cuba melakukan banyak perkara untuk memberi kelebihan kepada mereka, selain memindahkan pengundi - pengundi untuk memenangkan mereka,Umno - Barisan nasional kini giat menjalankan "projek IC" yang khabarnya berpusat di suatu lokasi sulit di Cherating.

Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu. Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam. Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selamgor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan.

@TUKANGLAWAN Fikir Kemboja, Myanmar dan lain-lain kini akan hidup selesa di negara ini, namun apa yang akan terjadi kepada kita.adakah kita masih mahu berdiam diri dan merasa selamat dengan senario ini.demi survival politik dan rakus kuasa... umno kini menggadaikan kita. - tukanglawan


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. DEMI KUASA DARI TERLEPAS APA SAJA PARTI PANDI KUTTY AKAN BUAT ! SUNGGUH TAK BERMARUAH DAN KHIANAT DAJAL-DAJAL SEKUTU APCO BUAT KERJA,TUKAR DEMI MENYELAMATKAN NEGARA DARI LINGKOP DITANGAN PEMBELOT-PEMBELOT NEGARA ! ALLAHU AKHBAR !

    ReplyDelete
  2. salam...nak tanye skit..salah ke klu kite bagi IC kat orang asli..bagi aku orang asli pahang berhak mendapat IC klu warga asing tuh mmg haram la aku nk benarkan dieorang dpt IC..kakak ipar aku kat sabah dari kecik sampa la ni xdpt2 gk IC..mengundi dh byk kali tp IC xdbagi2..kecian2..kerajaan kurang adil nih..

    ReplyDelete
  3. DEMI KUASA DARI TERLEPAS APA SAJA PARTI PANDI KUTTY AKAN BUAT ! SUNGGUH TAK BERMARUAH DAN KHIANAT DAJAL-DAJAL SEKUTU APCO BUAT KERJA,TUKAR DEMI MENYELAMATKAN NEGARA DARI LINGKOP DITANGAN PEMBELOT-PEMBELOT NEGARA ! ALLAHU AKHBAR !

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.