Tuesday, May 31, 2011

WANITA POTONG KEMALUAN PEROGOL

بسم الله الرحمن الرحيم

Wanita potong kemaluan lelaki cuba rogolnya sebagai bukti



DHAKA 30 Mei - Wanita Bangladesh berusia 40 tahun memotong kemaluan seorang lelaki yang didakwa cuba merogolnya dan membawanya ke balai polis sebagai bahan bukti.

Wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak itu diserang ketika tidur di rumahnya pada malam Sabtu lalu di daerah Jhalakathi kira-kira 200 kilometer dari selatan Dhaka, kata seorang pegawai.

“Ketika lelaki itu cuba merogol mangsa, wanita itu memotong kemaluan penyerang dengan pisau. Wanita itu membungkus kemaluan dan membawa ke balai polis sebagai bahan bukti,” kata Ketua Polis, Abul Khaer. - AFP

Note: Baru betul ni tak merogol lagi sampai mati... hehehehe

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. haha...padan muka, terkena buku dgn ruas.

    ReplyDelete
  2. Padan muka...tak payah hukum bunuh, potong jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh2..baik bunuh terus drpd seksa dia..

      Delete
  3. wow...dahsyat tu..pengajaran sampai mati...sbb bnde tu dah xde lagi...hehe

    -Yok mampir diluk = orang asli...di medan pertempuran dua agama..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.