Sunday, May 8, 2011

UMNO GADAI TANAH MELAYU LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Tolong Melayu Dengan Gadai Tanah Melayu......

Pakatan Rakyat terutama PAS sering dituduh UMNO menjual hak Melayu kerana baik dengan DAP.

Malangnya, bukti di bawah menunjukkan sebaliknya. Sebidang tanah rezab Melayu di atas nama UMNO Bahagian Puchong telah cuba digadai/dijual kepada sebuah syarikat milik bukan Bumiputra.

Mujur kerajaan Selangor diperintah Pakatan Rakyat menjadikan percubaan UMNO Puchong ini digagalkan. Terselematlah sebidang tanah rezab Melayu walaupun ianya di bawah nama UMNO Bahagian Puchong.

Klik di atas imej dibawah untuk melihat imej dibawah dengan lebih jelas.

UMNO Puchong pula dipimpin oleh Dato Satim Diman, yang sekarang ini adalah Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Tak sangka. Ku ingat panas sampai ke petang, rupanhttp://www.blogger.com/img/blank.gifya hujan di tengah hari.

Bayangkan. Ni dalam keadaan UMNO tidak memerintah Selangor. Kalau ditakdirkan mereka masih memerintah, habislah tanah rezab Melayu di Selangor ni tergadai demi mengkayakan kroni dan UMNOPUTRA. - malaysiawaves









Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.