Sunday, April 17, 2011

PAKATAN RAKYAT YANG BODOH!!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Agen Calon PR Tidak Dibekalkan Borang 14, SPR Didakwa Cuba Menipu



SHAH ALAM 16 APRIL : Pakatan Rakyat mendakwa wujud percubaan menipu dalam pilihanraya negeri (PRN) Sarawak apabila agen calon gagasan itu tidak dibekalkan salinan Borang 14 oleh pegawai Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) di beberapa kawasan pilihan raya.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendren berkata agen dari PKR dan DAP tidak dibekalkan borang tersebut yang mengesahkan jumlah rasmi yang dikira disetiap saluran mengundi.

Borang 14 adalah nama singkatan kepada 'Penyata Pengundian Selepas Pengiraan Undi'.

Selepas pengiraan undi selesai, misalanya BN dapat 210 undi dan Pakatan Rakyat dapat 300 undi, maka jumlah undian itu perlu dicatit ke dalam borang 14.

Borang 14 juga akan diisi maklumat- maklumat yang penting seperti;

1) Kedudukan tempat mengundi (Tempat pengundi)

2) Saluran Tempat mengundi (Saluran)

3) Nombor Kod Daerah Mengundi (Kod DUN)

4) Bahagian Pilihanraya (Nama DUN)

Surendren berkata, tindakan pegawai SPR itu merupakan satu kesalahan kerana sepatutnya salinan borang itu diberikan kepada agen calon parti yang bertanding.

“Ini merupakan satu kesalahan serius di bawah 'Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954' kerana akta tersebut perlu diberi kepada agen setiap calon tapi kita mendapat laporan bahawa agen- agen bagi calon Pakatan Rakyat dibeberapa tempat tidak diberi salinan borang 14,

"Jadi maknanya pegawai pilhanraya sendiri pegawai SPR sendiri telah melakukan kesalahan,” katanya.

Jelasnya apa yang berlaku itu adalah merupakan satu percubaan menipu dalam pilihan raya dan ia adalah kesalahan jenayah dilakukan sendiri oleh pegawai SPR.

“Ini menunjukkan bahawa memang ada sesuatu percubaan untuk menipu di dalam pilihanraya kerana borang 14 itu mengandungi jumlah undi yang didapati disetiap saluran ataupun pusat mengundi,

"Jadi mengapa mereka enggan memberi borang 14 ? Ini jelas satu percubaan SPR untuk menipu," tegas Surendren lagi.

Perkara berkaitan borang 14 itu timbul apabila Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa melaporkan pegawai SPR di kawasan Simunjan dan Asajaya tidak memberi salinan borang 14 kepada agen calon Pakatan.

Note: Kah kah kah kah.. Kalau SPR sebuah badan yang telus.. kalau polis berani tangkap pemimpin Be End yang buat salah.. Kalau SPRM berani tangkap Pemimpin Be End yang beri rasuah pada pengundi.. Kalau media arus perdana berani keluarkan berita Be End rasuah... Dah lama dah Be End kalah... Akhirnya kalau Pilihanraya boleh buatkan Be End kalah... Dah lama dah Be End haramkan... kah kah kah kah..

Note: Pakatan Rakyat bila kalah kata la macam-macam.. itu tak betul la ini tak betul la.. dah setiap kali pilihanraya setiap kali itu juga Pakatan Rakyat ditipu.. tapi bila pilihanraya bagus jer hulurkan leher.. nanti kalah lagi dok memekak tak sudah-sudah.. esok Be End buat pilihanraya join lagi.. sampai kemati la nampaknya dok kena bohong dengan Be End.. kah kah kah kah... Be End memang penipu, pembohong dan pembelit.. tapi Pakatan Rakyat yang bodoh tak sudah-sudah... kah kah kah kah.. pegi jahanam la.. malas nak layan orang bodoh ni... kah kah kah kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. so, apa lagi...???????
    marilah sama2 kita mulakan gerakan rakyat seperti di Mesir & Tunisia!!!

    ReplyDelete
  2. Aduan dan bantahan sepatutnya dibuat dengan seberapa segera terhadap pegawai2 SPR kerana tidak mengikut peraturan dan tatacara yang sepatutnya. Apakah ajen-ajen parti yang bertanding yang mengadu tadi telah diugut oleh pegawai2 SPR? Apakah tindakan segera akan diambil? Ianya akan menjadi2 apabila pegawai2 yg bertugas tidak amanah, tidak jujur,korap dah salahguna kuasa yg diberikan...

    ReplyDelete
  3. xde rasuah = xde duit
    xde duit = xde undi
    xde undi = xde kerusi

    ReplyDelete
  4. Ya betul...Pakatan Rakyat Bodoh tuan....hehehe tapi bukan Pas..kerana Pas ada Jentera di semua Grassroot. Hanya PKR yang bodoh....kadang-kadang agen pun tiada untuk memantau pilihanraya dan mengira undi.

    ReplyDelete
  5. salam tuan..
    saya rasa, saudara bujang susah betul... Panglima7 juga betul.. asyik salahkan BN je bila kalah.. kalau dah berkali2 ditipu, salah siapa?

    ReplyDelete
  6. PKR lagi bagus dari HT yang tak berani bersuara pun menentang Be End.Kah kah kah!

    ReplyDelete
  7. sayang saudara IslamApril 17, 2011 at 10:29 PM

    salam. sy scroll blog anda, sy dapati ianya baik dilengkapi dgn ayat2 AlQuran dan hadis. tetapi, gmbr2 yg mendedahkan aurat mmbantutkan niat sy untuk membaca entry2 anda yg lain. Yg pasti, si pelaku berdosa, si penyebar berdosa dan si penonton jga berdosa. hrp dpt ambil iktibar. kalau bukan pmimpin, biarlah kita yg serlahkan keindahan dan kemuliaan Islam.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.