Tuesday, March 8, 2011

RON 95 NAIK HARGA LAGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Harga RON95 perlu dikaji semula



KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Susu tepung baru naik harga.. Minyak nak naik harga... lepas tu barang-barang semua ikut naik harga.. Terima kasih umno..jangan takut umno.. naikkanlah harga minyak tinggi-tinggi.. apa ada hal.. kami yang bodoh ini pasti tetap setia pada anda.. Kah..kah..kah..kah.. Undilah Kerajaan Barisan Nasional...!!! Kah..kah..kah..kahaaaakkkkk tuuuihhh...



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. Bro, itulah hadiah kemenangan BN di PRK.

    ReplyDelete
  2. der, ni lah janji2 manis puak2 apno selepas PRK... bukan sekali dua jadi camni der, dah berpuloh kali! kuikuikuikui memang jahnam n cilaka puak2 ni, tapi masih ade lagi bangang kuasa 83 sebab masih menyokong puak2 apno ni! sial sungguh!

    ReplyDelete
  3. As salam.... kalo sume brg nak naik harga..gaji pendapatan ttp di takuk lama,x lama lagi bolehlah kite sama2 lihat, rakyat kan papa kedana di tanah air sendiri.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.