Sunday, March 20, 2011

MANA SEMUA POLIS?

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku marah...geram sangat2 semalam. Petang kelmarin berlaku satu kemalangan maut dlm taman perumahan aku ...aku x leh bayangkan..mmg kadar kemalangan kat Malaysia kita nie mmg btoi2 dh gila.. dlm kawasan taman perumahan pon boleh xcident dan membawa maut !

Bila aku sampai , sorang dh confirmed dead manakala lagi 2 org badly injured . Memang ngeri aku tengok..hancur muka . Aku x pasti mcm mana kemalangan tu boleh terjadi , drp cakap2 org kejadian tu akibat langgar lari oleh lori yg membawa pasir @ semen .

OK yg aku marah bukannya pasal kemalangan tu..tapi sikap anggota2 balai polis kat taman aku yg tidak menjalankan tugas sepatutnya dan tidak bertanggungjawab langsung .Korang boleh bayang tak..lokasi kemalangan dgn balai cuma 20 ke 30 meter saja ! Tapi tidak seorang pon anggota polis dari balai tersebut datang membantu hatta menjaga lalulintas pada waktu itu ! semua tugas ini dilakukan oleh anggota ronda sukarela kat taman aku tu ..apa hal ni polis ..kanapa sampai jadi mcm ni ? Dimanakah moto "SEDIA BERKHIDMAT" tu ???

Hati dah panas..bukan aku saja .semua org berada kat situ meluahkan rasa tidak puas hati pd anggota2 polis balai tu ..apa lagi aku pon call lah RAKAN COP siap dgn SMS skali .Aku sampai lokasi kejadian lebih kurang jam 5.40pm..ambulan dan bomba sukarela lebih cepat datang dari polis .Lebih kurang pukul 6pm , barulah patrol car datang..itupon dari balai yg berhampiran !





Luahan aku hari ni bukannya aku tujukan pada semua anggota polis kat Malaysia ni..x dinafikan ramai anggota2 polis telah menjalankan tugas murni menjaga keselamatan kita semua selama ini ..cuma segelintir anggota kat tmn aku tu ja .

Atas sebab2 keselamatan , nama balai serta lokasi kejadian aku x boleh dedahkan..
tak pasai2 aku masuk ISA nanti hehe...

Lagi berita dan gambar sila lihat di - gilamodified.blogspot.com



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. sampai hati encik polis buat macam tu

    ReplyDelete
  2. smlm pn ade eksiden kat tmpt aku..ngeri gak..huhu

    ReplyDelete
  3. treima kasih tuan siarkan sikap polis di tpt sy ni..huu geram x habih lagi ni..x guna punya btoi !

    ReplyDelete
  4. dulu masa sekolah menengah, aku tunggu bas kat simpang tiga kampung aku ni, depan betul2 balai polis, kemalangan DEPAN PAGAR BALAI POLIS... orang kampung yang bawa mangsa ke klinik, tolong alihkan motoosikal, tolong kawal lau lintas, seorang polis dalam balai tu tengok jer dari jauh kat tiingkap. ho3

    ReplyDelete
  5. salam der, kisah camni pernah blaku kat aku sendirik, cume jalan cite nye laen sket...
    ni kes bomba plak..
    kuikuikuikui... umah jiran aku tbakor, aku call bomba gune fon umah, n aku klua umah tgk jiran, tetau bomba call umah aku balik for confirmation, jadah ape? xkan xleh detect panggilan dari mane mane? aku siap bg nama, ic penuh bagai, siap die tanye aku alamat rumah jiran ape, aku jawab la umah aku no. sekian2, umah jiran aku selang 2 bijik je, aku manela tau no. umah jiran aku tu.. pastu rasenye stengah jam baru sampai kot.. hahaha video ada dlm u tube, dah berkurun.. aku xnak post dlm ni link, nanti kantoi dgn skmm la mcmc la bagai kuikuikuikuikiu... kita kan negara yg demokerasi.. memang cam HARAM!

    ReplyDelete
  6. he he he pernah plak aku dengar jawapan bila ada isu ditimbulkan kenapa pihak polis tak datang ketika lapuran tentang kejadian jenayah sedang berlaku."tak cukup kaki tangan" he he he kesian kan? tak cukup kaki dan tangan ha ha ha ha

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.