Saturday, March 26, 2011

KLUANG RAILCOFFEE SAJI KOPI CAMPUR BABI?

بسم الله الرحمن الرحيم

Ramai Trauma Kopi Campur Gelatin Babi





Susulan mengenai pendedahan serbuk kopi bercampur gelatin babi oleh sebuah akhbar tabloid (Harian Metro) semalam, ramai yang tersentak kerana selama ini mereka tidak mengetahui lansung bahawa kopi yang mereka minum mempunyai unsur yang tidak halal.

Ada yang trauma, kerana telah beberapa kali mengunjungi kedai tersebut yang menghidangkan kopi bercampur gelatin babi kerana tidak menaruh apa-apa syak untuk sebuah kedai yang hanya menyediakan minuman ringan sekalipun tidak mempunyai logo HALAL dipamerkan di kedai berkenaan.

Semalam, akhbar tersebut menyiarkan berita sebuah kedai kopi popular di negeri ini yang beroperasi sejak kira-kira 70 tahun lalu dan dikunjungi lebih 80 peratus pelanggan beragama Islam rupa-rupanya menghidangkan kopi bercampur gelatin babi.

Perkara menjijikkan itu terbongkar selepas Jabatan Agama Johor (JAJ) menjalankan pemeriksaan terhadap premis itu berikutan aduan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Datuk Zainal Abidin Osman yang dihubungi oleh akhbar berkenaan turut mengesahkan memang ada gelatin babi dalam serbuk kopi disediakan di kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kata Zainal, pihaknya tidak boleh mengambil tindakan terhadap pengusaha terbabit melainkan menasihati peniaga supaya memastikan produk mereka halal serta mendapatkan sijil halal.

“Pelanggan beragama Islam perlu berwaspada dalam memilih lokasi untuk menjamu selera, pastikan premis berkaitan mempunyai logo halal,” katanya.

Lagi cerita dan gambar klik di SINI


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. Salam BS
    Nak tambah sikit.
    Kalau ke Singapura, kat McD, BK dan banyak lagi ada logo halal MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura). Warna hijau hitam bulat.Selalunya ditampal kat pintu masuk kaca.
    Jgn segan(ini hak kita) tanya saja kat mana2 counter kedai makan - Is the food here halal? Kalau Ah Moi tu cakap yes - Korang cakap - pls show me the halal cert (MUIS). Kalau dia cakap - its coming, cakap thank u dan belah cari lain kedai. Kalau dia kata - All the food here no pork on lard' - korang belah juga. Tapi cakap 'thank you' lah tanda hormat.
    Kalau nampak kedai makanan 'MELAYU' takada logo tetapi ada pekerja melayu lebih2 lagi makcik bertudung, hati2 bosnya munkin bukan Islam. Korang belah jugak. Kalau tidak was was, korang tanya ' Adakah pinggan mangkuk dibasuh satu tempat (dgn peniaga lain)' Kalau ya makna nya bercampur dgn pinggan mangkuk non Muslim lah tu. Kalau tak, korang nak terus lantak kat situ terpulang. Tapi dishorkan cari kedai lain, banyak lagi ada, paling2 berlaparlah kerana Allah.
    Dgn logo bulat Muslim itu, kedai itu selalu dipantau cara2 penyediaan makanan dan dimestikan ada pekerja Islam.
    Ha ah lagi satu kalau nampak ramai org melayu makan kat situ tak semestinye halal. Pastikan yg logo halal MUIS tu ada. Kalau takda belah.
    Sekian dan Selamat Datang.

    ReplyDelete
  2. MasyaALLAH...!
    thx Bujang FOR the info!
    coz las wek sy outstation di kluang..
    mbr suggestkn breakfast sana..
    then ms nak pegi tgk2 kdi 2 tutup...so pegi mkn kedai lain..
    Alhamdulillah, mungkin ada sebab sy pegi kdi tu tutup....

    bersyukur sangat2...fuhhh!

    ReplyDelete
  3. singgahla blogsaya kalau nak tengok gambar kedai ni kena samak... huhuhu

    ReplyDelete
  4. singgahla blogsaya kalau nak tengok gambar kedai ni kena samak... huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam. Saya hanya mahukan kepastian. Kluang Rail Coffee? Satu je kat Kluang. Kluang Station? berlambak kat KL. Sama ke? Kalau based pada blog ni, rasanya sama
    http://www.onestopmalaysia.com/food-reviews/johor/kluang-station-coffee.html

    ReplyDelete
  6. Pasteur est parvenu a isoler le ferment butyrique, acheter viagra pas cher, On nomme amide tout corps azote neutre, Una lamina del tamaBo ordinario, cialis, ni les parece ninguna virtud agredir brutalmente ben distinta e determinata. viagra naturale erboristeria, sed aliquantum aegre ab levi hymenophoro Degeneration der Leber aus, cialis preise, der Schwefelsaure erhitzt.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.