Saturday, March 26, 2011

KETUA WANITA UMNO MATI DIBUNUH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Kes Bekas ADUN UMNO dan Pembantu




Sebelum itu…

Kes ini telah dikategorikan oleh pihak Polis sebagai kejadian ‘Bunuh dan Bunuh Diri’ bagaimanapun belum dipastikan siapa yang membunuh dan kemudian membunuh diri.

Dalam kejadian pagi tadi, Bekas ADUN Permatang, Datuk Abdul Aziz Mohd Noh, 64, dan pembantu peribadinya Siti Rohana Ismat, 43, ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala ketika mereka dilaporkan dalam perjalanan di lebuh raya dekat Sungai Buloh.



Kedua-dua mayat telah ditemui didalam sebuah Toyota Caldina berwarna putih yang dimiliki oleh Siti Rohana dan waktu kejadian ia dipandu oleh Abdul Aziz.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata berdasarkan siasatan awal, tembakan dilepaskan dari dalam kereta dan tidak melibatkan orang lain.

Katanya, polis juga menemui sepucuk pistol jenis revolver .38 di dalam kereta tersebut yang mengandungi dua peluru hidup dipercayai kepunyaan Abdul Aziz.

Khalid berkata hasil bedah siasat di Hospital Sungai Buloh menunjukkan terdapat dua kesan tembakan pada kepala Siti Rohana dan satu tembakan di kepala Abdul Aziz.

Siti Rohana ialah Naib Ketua Wanita Umno Bahagian Tanjung Karang dan juga Ketua Wanita Cawangan Umno Sungai Gulang-Gulang.- berita dan gambar penuh sila baca di SINI


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

2 comments:

  1. ni kes jatuh cinta la ni. ajak kawin xnak.. bunuh awek pastu bunuh diri haha

    ReplyDelete
  2. ni cite lama kan...hehhee tp senang je tutup kes ni kan sotkabar pun kejap je siar pas tu senyap trus

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.