KOTA BARU: Kelantan akan mempertahankan larangan penjualan tiket loteri ‘Big Sweep’ berikutan pandangan Penasihat undang-undang negeri yang telah melihat undang-undang dan menyarankan bahawa kerajaan negeri itu bertindak dalam hak perundangan.Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata bahawa penasihat undang-undang Datuk Azlan Abdul Halim telah menginterpretasikan undang-undang seperti yang diarahkan oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat .
"Dia berpendapat bahawa langkah kerajaan negeri untuk melarang penjualan tiket loteri berada dalam hak undang-undang Negeri.
"Dia sependapat dengan kerajaan negeri bahawa adalah menyalahi undang-undang untuk menjual loteri bahkan di luar tempat perniagaan lesen oleh kerajaan tempatan," katanya kepada wartawan sesudah menghadiri mesyuarat yang dipimpin oleh Nik Abdul Aziz di Kota Darul pada Isnin disini.
Pada 16 Mac, Nik Abdul Aziz berkata beliau telah mengarahkan penasihat undang-undang untuk mengintrepret undang-undang mengenai penjualan tiket loteri di negeri tersebut.
Dia membuat arahan tersebut untuk memuaskan rakan koalisi, khususnya DAP, yang ingin penjelasan dari kerajaan Kelantan yang melarang penjualan tiket loteri bulan lepas.
Presiden MCA, Dr Chua Soi Lek telah mengkritik kerajaan Kelantan kerana melanggar hak-hak orang Cina untuk membeli tiket loteri selepas dua pemilik kedai buku itu dikenakan kompaun kerana menjual tiket loteri kepada orang awam pada 26 Feb.
Nik Abdul Aziz telah mengatakan ia akan bertemu Dr Chua pada 3 April untuk memberikan penjelasan atas larangan tersebut.
Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.
No comments:
Post a Comment
Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..
Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.
Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.
Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.
Wassalam.