Monday, March 14, 2011

DIALOG NUJUM PAK BELALANG VERSI 1 MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم



Sultan Amirulrashid: Ha..Baginda Masai,Beta suka mendengar soalan yang ke-tiga….Ahli Nujum..soalan yang ketiga..

Ahli Nujum Masai: Baik lah Tuanku.. ada sebuah masaelah.. SATU baaaaanyak…, DUA sedikit-sedikit.. TIGA jarang-jarang, AMPAT(Empat) kadang-kadang…Apa itu.????

Nujum Pak Belalang: UMNO.!!

Ahli Nujum Masai: UMNO..?? Buktikan…

Nujum Pak Belalang:
SATU!!! baaanyak…ertinya.. Kes rasuah, pecah amanah, curi duit rakyat, tipu rakyat, paksa rakyat bayar saman.. baaaanyak dilakukan oleh pemimpin UMNO dalam Negara ini…

DUA!!! Sedikit..sedikit..ertinya.. Pemimpin UMNO yang lakukan kesalahan ini sedikit bilangannya yg dihadapkan ke mahkamah..

TIGA!!! Jarang-jarang.. ertinya.. jarang-jarang kita dengar hakim berani jatuhkan hukuman kepada pemimpin UMNO melainkan Najib beri lampu hijau.

EMPAT!! Kadang-kadang…ertinya.. kadang-kadang baaaaaru sekali kita dengar ADUN UMNO yang didapati bersalah oleh mahkamah (contohnya ADUN LENGGENG dan Khir Toyol)

Nujum Pak Belalang: Begitulah jawapanya Tuanku…

Sultan Amirulrashid: Bagaimana Banginda Masai..?? betul atau tidak..???

(Jawapannya tanyalah pada penyokong UMNO…)

Note: Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

5 comments:

  1. lawak paling kelas di abad ini...siapa punya idea le tu..tepat pulak...sungguh cantik dan lucu...

    tahniah pengarang dan pencetus idea..

    ReplyDelete
  2. wahhhh kakakakakakaka

    lawak the best ni

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum :) terbaik dari ladang, lawak zaman berzaman ,tak lapok dek hujan da....

    ReplyDelete
  4. den baco lawak ekau ni kek saluran satu[warga tua totok bn/umno]takyah banyak khutbah sepuloh orang[termasuk omak ngan wanchu den] isi borang pas ngan keadilan.timo kasihlah.

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.