Saturday, March 26, 2011

AKHIRNYA NAJIB MENGAKU

بسم الله الرحمن الرحيم

Akhirnya Najib Mengaku RM52 Bilion Saham Bumiputera Lesap



PM Malaysia akhirnya mengakui saham bumiputera RM52 Bilion telah hangus dan lesap yang tinggal cuma RM2Bilion daripada jumlah asal RM54Bilion yang diperuntukkan untuk syarikat bumiputera.

Bendahari Pas Pusat Dr Hatta Ramli mempersoalkan kenapa kerajaan menggadai saham bumiputera dan memberinya kepada pihak lain dan juga pihak kroni.

"Langkah kronisme ini merosakkan bumiputera seolah-olah kronisme ini masih berterusan.Dalam Umno apa saja yang diberikan kepada kroni ini akan digadaikan dan tidak tinggal apa bagi orang Melayu," kata Dr Hatta-

Note: Suruh BN menjaga amanah orang melayu sama macam suruh harimau tolong simpankan daging... Kah..kah..kah..kah..

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

No comments:

Post a Comment

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.