Thursday, February 24, 2011

ZOL NORDIN BILA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Tan Tee Beng join KITA.



Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pimpinan Datuk Zaid Ibrahim mengumumkan penyertaan ahli parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng ke dalam parti itu.

Ho! ho! tiada payah-payah pun Zaid, boss kepada KITA mendapat ahli parlimen. Tak perlu-perlu bertanding pun, KITA tetap mempunyai seorang wakil. Wakil yang memusnahkan harapan mereka yang memilihnya dahulu. Namun puak-puak 'Chap Ayam' tak akan memikirkan itu semua.

Tan, yang menyertai KITA kerana dia percaya KITA benar-benar akan membawa perubahan. Mungkin juga Tan betul, perubahan untuk dirinya tiada dalam PKR, mungkin juga perubahan ada untuk dirinya apabila bersama KITA. Kita juga akan lihat apakah perubahan yang dibawa oleh KITA kepada masyarakat.

Zulkifli Nordin bila lagi, moh le cepat lompat KITA kalau ingin menjadi calon pilihanraya ke-13. Takkan nak harapkan calon untuk bebas. Calon ajelah ye!!! - ek-ele

Note: Zol nordin cepat-cepat la join KITA. Tengok Tan Tee Beng bergerak dengan pantas sebab dia tahu PRU13 dah dekat. Kalau dia tak masuk KITA tak kan dia nak jadi calon Bebas. Dah tu ingat BN nak sangat katak-katak ni jadi calon dia? Kah..kah..kah..kah.. Kalau tak join KITA siapa pula yang nak sedekah duit pada katak-katak ni untuk buat bendera, banting dan promotion dia nanti.. Kah..kah..kah..kah.. Ingat zol.. duit kawan rm15,000.00 yang ko guna untuk PRU yang lepas ko tak bayar lagi tu.. Jangan ko ingat nasib ko sentiasa baik. Jangan ko ingat kali ni ada orang nak bagi ko duduk kat rumah dia lagi.. Kah..kah..kah..kah..



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

1 comment:

  1. ntah aa... sapa yg btol sapa salah.. tapi dah beberapa tahun nie dok bawah perintah 'sebelah sana' kat selangor banding thn 2007 ngan 'sebelah sini' x der beza pun.. x da perang ke.. x da yg x cukup makan ke.. gaji steady je.. cuma 1 je kort.. part nak kenen2 pak menteri kureng aa.. buat hari kantin jemput menteri tp x dapat seposen pun.. almaklum kita kan orang selangor.. sama mak, bapak lain..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.