Monday, February 21, 2011

NOTA DARI BOB LOKMAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam semua. semalam 16 Rabiu'ul awal/19 feb, saya telah menyerahkan borang permohonan utk menjadi ahli PAS. InsyaALLAH kalau diterima saya akan menjadi ahli kawasan Subang. sebagai pengetahuan disini, bukanlah saya bertujuan utk mencari populariti dan juga jawatan, melainkan hanyalah untuk mejalankan tanggungjawab saya kpd ISLAM sebagai hamba ALLAH yg pernah jauh tersesat dgn urusan dunia. Kepada mereka yg mengalu-alukan, saya ucapkan terima kasih dan kpd yg merasa saya memilih jalan yg salah semoga kita sama-sama mendapatkan HIDAYAH & TAUFIQ dari ALLAH. saya hanya mencari KEIKHLASAN dalam KEBENARAN.

http://ms-my.facebook.com/notes/mohd-hakim-bin-lokman/fi-sabilillah/103882969692583



Video di atas adalah detik2 terakhir sebelum Bob Lokman menarik diri dari menjadi pengritik tetap rancangan Raja Lawak 5 Astro Prima. Semua terkjut dan panik dengan adengan yg berlaku secara spontan itu. Namun itulah takdirnya bilamana Bob sebenarnya ingin keluar dari dunia hipokrit yang selama ini dilaluinya. Semoga beliau istiqamah dgn jalan yang diambilnya ini hendaknya. Amin

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

7 comments:

  1. alhamdulillah, semoga bob lokman menjadi cth ikutan artis2 untuk berubah ke arah kebaikan.

    ReplyDelete
  2. salam,,

    Mendapat hidayah berbagai cara dan kesedaran..alhamdulilah kpd saudara Bob Lokman.

    ReplyDelete
  3. kenapa tiba2 air mata ku menitis...menginsafi diri ini...

    ReplyDelete
  4. alhamdullilah..moga Tuhan memberi petunujuk kpd artis2 lain..

    ReplyDelete
  5. betul tu kalau yang dah insaf jadikan ICON elok sangat,tapi orang malaysi suke sangat nak jadi artis,dengan mentornya,afnya,apa lagy dan yang sewaktu dengannya

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.