Thursday, February 10, 2011

NEKAD REDAH API SELAMATKAN SUAMI

بسم الله الرحمن الرحيم



TANAH MERAH, 9 Feb (Bernama) -- Seorang isteri nekad menggadai nyawa dengan meredah api yang marak membakar rumahnya sebelum menyelamatkan suaminya, seorang warga emas, daripada rentung di Kampung Telaga Bijih, Batu Gajah, dekat sini, Rabu.

Dalam kejadian pukul 7.29 pagi itu, mangsa Zakaria Taib, 80, yang sakit tua ditinggalkan bersendirian di rumahnya oleh isterinya, Minah Senik, 58, yang keluar menoreh getah.

Minah berkata kejadian itu disedari apabila diberitahu oleh penduduk kampung sebaik sahaja beliau selesai bersarapan pagi di sebuah warung tidak jauh dari rumahnya sebelum ke kebunnya.

"Makcik yang terkejut kemudian segera berlari pulang kerana memikirkan pakcik berada di rumah seorang diri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Minah berkata sebaik tiba di rumahnya beliau terkejut apabila keadaan api yang marak hampir di keseluruhan rumah papannya itu lalu beliau tanpa memikirkan keselamatan diri segera merempuh masuk ke rumah dan mengheret suaminya keluar dari rumah itu.

"Ketika itu makcik hanya ingat nak selamatkan pakcik sebab pakcik memang tak kan mampu bangun sendiri...mujurlah tindakan makcik sempat menyelamatkan kami berdua di saat api sedang marak membakar," katanya.

Minah bagaimanapun berkata beberapa bahagian di belakang tubuh suaminya didapati melecur ekoran disambar api.

Sementara itu Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Abdul Razak Abdul Rahman berkata api yang marak dengan pantas menyebabkan rumah papan itu musnah sekelip mata. -- BERNAMA


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

3 comments:

  1. Kasih sayang suami isteri cinta sejati dari ALLAH...

    ReplyDelete
  2. klau najib yg terbakar mesti bik mama akan kata pegi mampos la ko kat situ.. wakakakkakaka

    ReplyDelete
  3. salam.haa..sy suka ayat Anonymous :)))

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.