Thursday, February 10, 2011

MAMAK SENGAL PUNYA KERJA

بسم الله الرحمن الرحيم

Gambar palsu Lim berketayap pula tersebar


Jika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.

Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.


"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.


Tulisan dalam kotak biru " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini. - Mkini

Note: Kah..kah..kah..kah.. Kantoi lagi... Hamba kagum dengan kerajinan siapa yang mengedit gambar lim guan eng ni.. Yang lawaknya terserlah pula kebodohan orang yang menyebarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah.. Mungkin orang PAS kot yang mengedarkan risalah ni.. Kah..kah..kah..kah..

Note: Yang jahatnya risalah ini meniupkan api perkauman.. cuba besarkan dan lihat betul-betul apa yang dia tulis disebelah gambar Lim Guan Eng berkopiah tu? " Orang Melayu Gadaikan Maruah Agama Pada Kafir"

Note: Kah..kah..kah..kah.. Yang rasa lawaknya baru hari ni aku dengar ada "agama melayu.." Kah..kah..kah..kah..

Note: Kah..kah..kah..kah.. baru aku tahu pakai kopiah tu rupanya gadai maruah agama kepada kafir.. di Indonesia ramai kristian pakai kopiah.. mesti orang indoh dah gadai maruah agama indon pada kafir... kah..kah..kah..kah... di negara arab ramai yahudi pakai kopiah.. mesti orang arab ni dah gadai maruah agama dia pada kafir.. kah..kah..kah..kah.. di negara Israel ramai kafir yahudi pakai kopiah.. mesti kapir yahudi ni dah gadaikan agama dia pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. di negeri cina ramai cina pakai kopiah.. mesti cina ni dah gadaikan maruah agamanya pada kafir.. Kah..kah..kah..kah.. bodoh memantul...!!!!

Note: Yang paling menghairankan Melayu ni senyap dan tak marah pun bila pelakon porno MCA (cua soi lek) terang-terang memperlekeh dan menghina islam dengan perkataan dan niat. Ye la kan... Melayu ni tak marah mungkin sebab pelakon porno tu hina agama islam tapi bukan hina agama melayu... Kah..kah..kah..kah...


Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

12 comments:

  1. org skrg pntingkan politik dri agama, smpai sggup gunakan agama utk politik.

    ReplyDelete
  2. "org skrg pntingkan politik dri agama, smpai sggup gunakan agama utk politik."
    -Itulah UMNGOK

    ReplyDelete
  3. off topic
    orang yang ke-500 x de pape hadiah ke???haha..

    biasa la tu..dorang da terdesak sgt sampai sanggup wat fitnah..sbr je la LGE..

    ReplyDelete
  4. hek hek hek ari tu sibuk pasal org bukan islam masuk masjid tak tutup aurat... nie sibuk plak pasal org bukan islam pakai kopiah.. idea sampah sapa ler neh.. mereka-mereka nie ler punca martabat orang-orang muslim nampak hina dimata non muslim

    ReplyDelete
  5. Bertambah lagi satu dosa fitnah... puak2 ni memang suka kumpul dosa... biarkan lah... tapi kita kena hati2 supaya tak terlibat dan dapat dosa free plak...

    ReplyDelete
  6. nik ajis yang munafik tu macamana pulak.
    tuhan mencarut,samseng dan bersahabat dengan syaitan.
    undi pas halal syarie..undi bn haram syarie...
    siapa yang buat fatwa syirik ini?

    orang islam adalah saudara aku...tapi aku telah mengharamkan orang2 pas memijak halaman rumah aku.
    puak2 munafik tidak bolih dijadikan saudara.

    jika anda islam...aku sanggup pertahankan...
    jika anda ahlul pas munafik...haram bagi aku.
    tapi orang2 pas

    ReplyDelete
  7. apa la yg org umngok ni merepek ni? mcm kena sawan babi jer ni. org cerita pasal kopiah apa ke plak yg peginya cerita pijak halaman rumah plak ni. Kang klau kata org umngok ni semua bodo2 belaka marah plak. tp mmg suka menunjukan diri tu bodoh

    ReplyDelete
  8. Anon 10:37

    UMNO tak munafik ker dok cakap pandai mcm tu??

    UMNO/BN HINA ISLAM

    amacam??
    da tengok full pasal tuhan samseng??ke tengok kat RTM jer??

    Isu Tuhan Samseng

    PAHAM??belajar agama tak??ke belajar sampai darjah 6 jer??
    bukak minda n hati yang BUSUK tu..
    Semoga Allah memberi hidayah kat kita sume..Amin..

    ReplyDelete
  9. kebanyakan owang umno nie suka dengar sparuh2 lepas tu pulak terima patah2 prkataan tu sebijik2 pastu lak buat tafsiran sendiri,pastu lak lurus bendul otak x bleh fikir sendiri sbb tu senang trpengaruh dn dibodoh2 kan.

    ReplyDelete
  10. yang terpengaruh tu plak tanpa usul priksa sebarkan kpd yg lain dgn yakin nya, pastu lak x pasal2 dpt dosa fitnah, pastu lak x pasal2 kena tanggung dosa siapa2 yang percaya fitnah tu plak, brganda2 ganjaran yg dia dpt free jer.

    ReplyDelete
  11. ne mmang keja "DAJAL" yg mgaku ISLAM...kt lidah je kot...nak nipu tu kenalh blajar dgn penipu pro...baru jd...itu pun akhirnya kantoi juga...ALLAH tak suka...mangkuk ayun punya org...cuba jgn putar-belit gambar tu...buat malu melayu islam je kt guan eng...smpai kiamatlh kalu kau buat gitu lg...rakyat akn semakin myampah...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.