Wednesday, February 16, 2011

KERAJAAN PULAU PINANG BERI BANTUAN RM1000 UNTUK PELAJAR MESIR

بسم الله الرحمن الرحيم



GEORGETOWN, 18 Februari: Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan cadangan untuk memberikan bantuan RM1,000 kepada setiap pelajar dari negeri ini yang hendak kembali melanjutkan pelajaran di beberapa buah universiti di Mesir tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mansor Othman berkata, cadangan tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco terlebih dahulu sebelum mendapat keputusan mutlak.

Ini berikutan rata-rata ibu bapa merasa resah mencari dana untuk menghantar anak mereka belajar setelah kembali ke tanah air menerusi Operasi Piramid (Ops Piramid) kelolaan Kerajaan Persekutuan.

Beliau yakin Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) akan membantu menerusi Pusat Urus Zakat (PUZ).

"Kerajaan negeri akan mencari jalan bagaimana untuk membantu pelajar dari Mesir untuk kembali belajar di sana bila keadaan di sana benar-benar aman.

“Insya Allah kita akan mencari dana bagi mengatasi kegusaran ibu bapa yang rata-ratanya daif," tegasnya ketika pertemuan dengan pelajar Mesir di Dewan Sri Pinang, semalam.

Yang Dipertua Maipp, Ustaz Elias Zakaria memberitahu, PUZ akan cuba mengeluarkan dana kepada pelajar yang betul-betul memerlukan peruntukan untuk kembali menyambung pelajaran di sana.

Katanya, ibu bapa yang kurang mampu disaran sentiasa menghubunginya pejabat PUZ atau pemangku Pengarah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (Jaipp) untuk bertanyakan hal berkenaan.

"Mereka ibarat mutiara harus dijaga maka sebab itu kami akan sedaya upaya membantu mengatasi masalah kewangan terutamanya berkaitan wang tambang ke Mesir," terangnya.

Ibu bapa yang mengharapkan sumbangan berkenaan boleh menghubungi Ustaz Ridwan di talian 012-5529880 untuk keterangan lanjut. - Hdaily



Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

4 comments:

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.