Saturday, January 15, 2011

ROSMAH ADA PEJABAT SENDIRI

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.

Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times. - paspb2

Note: kah..kah..kah..kah... Sahlah bahawa rosmah yang tadbir malaysia ni.. Kah..kah..kah..kah..Najib..najib...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

11 comments:

  1. Fuyyo hebatlah kak mah ni,isteri PM yang dulu-dulu mana dapat kemudahan macamni.
    Jemput baca N3 terbaru saya disini

    ReplyDelete
  2. Saya ingat memang wife pm digelar first lady. Betul ka perlembagaan kata pemaisuri agong yg first lady?

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ermmm..

    Romah ni menteri apa ya??? hii

    hebat sekarang

    ReplyDelete
  5. hebat sangat la bik mama sekarang. akekeke.. najib boleh jadi pemangku la lepas nih. biar rosmah yang tadbir. ngalahkan hilary clinton.

    ReplyDelete
  6. dia mana bleh guna status firstlidi,firstguni sesuai lerrr,buleh wat sumbat permata

    ReplyDelete
  7. sape dia ni hah...PM kah, ahlul parlimen kah, adun kah, wakil rakyat kah dah kah kah kah yg lain

    x paham betui koi...kalau sebelum nih isteri PM x de la gila kuasa camni sgt...

    hidup rosmah PM Malaya..

    ReplyDelete
  8. wah ada prime minister baru la

    ReplyDelete
  9. bila bohsia rahim tambichik menjadi bini najib... umpama si kudung dapat cincin umpama rusa masuk kampung. umpama beruk dapat bunga..

    ReplyDelete
  10. kesian pada semua ...tau tak komen kita semua ni bukan di ambil tahu oleh najis pun...takut nak buka pun..

    dia buka blog pro dia je..yang sanggup menjilat ju*** dia laki bini..

    lepas tu ibarat lembu cucuk hidung..semua menyokong ...yang fanatik umno le..yang rasa tak dapat gaji..makan..sekolah..segala kemudahan..andai si laki bini ni turun tahta...

    ada ka cam tu kepala hotak sesetengah rakyat ni...

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.