Friday, January 14, 2011

RESEPI LAKSAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Sedikit info nak dikongsikan berkaitan laksam.



Laksam merupakan sejenis masakan yang diperbuat daripada tepung beras dan dimakan bersama kuah. Biasanya adunan cair tepung beras ini akan disalut pada tudung periuk dan dimasak. Apabila mengeras, ia akan digulung menjadi panjang dan sedia untuk dihidangkan. Semasa dihidang, ia boleh dipotong-potong agar mudah menyerap kuah laksam.

Kuah

1. 300 gm isi ikan
2. 150 ml santan pekat (tambah air jika perlu)
3. 4 ulas bawang merah (dikisar)
4. 4 ulas bawang putih (dikisar)
5. 1 batang serai (dikisar)
6. Sedikit halia (dikisar)
7. 2 kiub pati ayam
8. Sedikit kacang panjang, tauge, kobis, daun selasih, sengkuang, timun dan daun salam (dihiris)
9. Sedikit lada hitam

Laksam

1. Minyak masak, garam & lada sulah 1 cawan tepung beras
2. 1 cawan tepung ubi
3. 2-3 cawan air
4. sedikit garam

Cara penyediaan

Tepung beras, tepung ubi, garam dan air dibancuh sehingga sebati. Gunakan tudung periuk sebagai loyang dan guna satu senduk adunan bagi setiap loyang. Pastikan adunan tidak terlalu tebal. Kukus hingga masak. Keluarkan kepingan laksam dari loyang dan digulung. Ulang proses ini hingga adunan habis. Ketepikan. Tumiskan bahan yang dikisar hingga garing. Masukkan isi ikan, kiub pati ayam & santan. Apabila mendidih, masukkan garam & serbuk lada sulah. Matikan api dan ia sedia unduk dihidangkan.

Cadangan Hidangan

Potong tepung laksam anggaran 1 sm tebal. Masukkan ke dalam mangkuk dan campurkan sayur-sayuran. Kemudian tuangkan kuah panas. Enak juga dimakan dengan sambal belacan.

Note: Kalau dah masak hantar kat aku sikit.. Kah..kah..kah..kah...

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

8 comments:

  1. Fuhh, best giler! Terus teringat kedai mokcik yg sedap tu!

    ReplyDelete
  2. wah.. nak bujang susah yg masakkan.. resepi da ade so ape lg kn.. hee~

    ReplyDelete
  3. ya Allah..sdapnyee......kat perlis ni pyh nk dpt..tp klu balik tganu mmg xkan lepaskn peluang!!! feberet!!

    ReplyDelete
  4. timakasih BS. SAya dah buat dah. Tapi laksam jadi tak cantik. Tak macam kat kedai yang biasa saya lihat. Almaklum lah saya ni amateur heheheee.. Ni lah 1st time buat lepas baca resepi ni malam tadi. Apapun thank you bro. Suami dan anak-anak semuanya suka belaka. :)

    ReplyDelete
  5. Tak poskan kat saya sikit pun kak.. kah..kah..kah..kah..

    ReplyDelete

Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..Astaghfirullah Al-Azhim..

Tegurlah jika hamba ada membuat kesalahan, baik dengan sengaja atau tidak. Kerana hamba insan biasa yg tak sunyi dari kesilapan.

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

Buat para sahabat dan yang memberikan komen. Maafkan hamba jika hamba tidak dapat membalasnya. Juga jika hamba tak berkesempatan meninggalkan komen di blog tuan hamba. Kerana waktu sering membatasi kesempatan.

Sahabat semua digalakkan mengambil serta menyebarkan segala bahan atau tulisan yang bermanfaat dari blog ini tanpa perlu meminta izin atau mempamerkan link blog ini.

Wassalam.